Mei 12

PROGRAM BIODIVERSITY DAY

Kuching, 12 Mei - Program Biodiversity Day, bertempat di Imperial Hotel Kuching Sarawak bermula pada 0900 pagi hingga 0500 petang.

1Wakil Dari PWTL Kuching BK PRL Rino bin Harmin

Objektif utama Program Dokumentasi Pengetahuan Tradisional yang dijalankan oleh Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak adalah sebagai pemudah cara kepada komuniti-komuniti pribumi di negeri ini dalam memulihara Pengetahuan Tradisional mereka melalui rekod dan pendokumentasian yang betul. Usaha-usaha seperti ini dijalankan melalui bengkel-bengkel binaupaya yang membekalkan komuniti-komuniti tempatan dengan kemahiran-kemahiran yang perlu seperti teknik-teknik mendokumentasi, penanaman semula dan pengurusan tumbuh-tumbuhan tempatan yang berguna. Dengan permintaan yang mendadak terhadap pembangunan produk-produk semulajadi dan bioprospek daripada sumber-sumber biologi dunia, ianya menjadi semakin penting untuk mendokumentasi Pengetahuan Tradisional. Ini untuk memastikan agar komuniti-komuniti pribumi yang telah mengamalkan pengetahuan tersebut sejak turun temurun diperakui sekiranya pengetahuan mereka digunapakai dalam pembangunan produk-produk semulajadi atau bioprospek.

2Tetamu jemputan yang hadir
3Sekitar Program

Program ini turut menggalakkan komuniti-komuniti pribumi untuk menanam tumbuh-tumbuhan tempatan yang berguna bagi keperluan mereka sendiri, sebagai lanskap di persekitaran mereka dan untuk tujuan kesedaran dan penghargaan.


Rujukan: 120518/01
Sumber: PR PWTL Kuching
Artikel: LK I JJM Naing Anak lunggor
Jurufoto: LK I JJM Naing Anak lunggor

Last modified on Sabtu, 12 Mei 2018 06:29

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 438

Semalam 561

Bulan ini 11244

Keseluruhan 430182

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM