Mei 15

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR ANTARA AGENSI 2018 PIALA PERSATUAN BOLA TAMPAR ARMADA TIMUR

Teluk Sepangar 13 Mei – Persatuan Bola Tampar Armada Timur telah berjaya menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Antara Agensi 2018 yang berlangsung pada 11-13 Mei bertempat di Hangar Markas Udara PTKK.

1
Pasukan wanita yang mengambil bahagian

2
Antara aksi perlawanan sepanjang
pertandingan dijalankan

3

4

5

Ini merupakan Kejohanan yang pertama dianjurkan melibatkan Agensi Kerajaan. Sebanyak 21 Agensi telah mengambil bahagian dengan penyertaan sebanyak 20 Pasukan Lelaki dan 16 Pasukan Wanita. Objektif kejohanan ini adalah bagi menjalinkan silaturahim dan interaksi antara Agensi serta memberi peluang kepada semua agensi bagi mengenali satu sama lain. Selain daripada itu, Kejohanan ini juga memberi peluang kepada semua Agensi Kerajaan melawat Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

6
Ucapan penutup oleh Timbalan Panglima Armada Timur

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah berjaya menjadi Juara bagi Kategori Lelaki mengalahkan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah manakala bagi Kategori Wanita Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah berjaya menjadi Juara mengalahkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Juara membawa pulang Piala Pusingan, Piala Iringan dan wang tunai.

7
Acara penyampaian hadiah dan sesi bergambar

8

9

Upacara Penyampaian Hadiah dan Penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Armada. Di dalam ucapan penutup, beliau menjemput setiap Agensi untuk melawat PTKK serta memaklumkan kemudahan yang ada di sekitar Pangkalan. Selain daripada itu, memandangkan sambutan yang menggalakkan, beliau memaklumkan kepada semua akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Tampar Armada Timur untuk menjadikan kejohanan ini sebagai Kejohanan Tahunan.

Rujukan:150518/01
Sumber : Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel : Depot Bantuan TImur
Jurufoto : LK I TLS Mohd Zulhakimi bin Yusoff

Last modified on Selasa, 15 Mei 2018 08:28

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 439

Semalam 561

Bulan ini 11245

Keseluruhan 430183

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM