Ogs 04

PERBARISAN DAN LAWATAN SEMPENA PENILAIAN KESIAGAAN OPERASI (ORE) KD TEGUH SAMUDERA

LUMUT, 3 Ogos 18 - Perbarisan dan lawatan sempena Penilaian Kesiagaan Operasi (ORE) KD TEGUH SAMUDERA telah dilaksanakan di Jeti Pangkalan TLDM Lumut. Acara yang bermula sekitar jam 7.45 pagi telah disempurnakan oleh Ketua Staf, Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM, Kepten Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin TLDM.

Gambar 1Ketua Staf Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM menerima tabik hormat
daripada Pegawai Perbarisan

Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan terdiri daripada 8 pegawai serta 37 anggota LLP diketuai oleh Lt Kdr Norman bin Ahmad Shaip TLDM selaku Pegawai Perbarisan dan PW I TMK Mohd Bokhari bin Mohd Nor selaku Pegawai Waren Perbarisan. Selesai perbarisan, Ketua Staf dengan diiringi staf penilaian telah melaksanakan lawatan ke kapal bagi menilai rupacara dan tahap kesiagaan kapal.

Gambar 2

Gambar 3Pemeriksaan perbarisan oleh Ketua Staf Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM
Gambar 4
Pegawai dan anggota KD TEGUH SAMUDERA bergambar bersama
Ketua Staf Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM

Pada sebelah petang, majlis diteruskan dengan sesi taklimat selesai Penilaian Kesiagaan Operasi yang diadakan di Wisma Al-Farabi, KD TEGUH SAMUDERA dihadiri oleh staf penilaian dan warga kapal. Secara keseluruhan Penilaian Kesiagaan Operasi, KD TEGUH SAMUDERA telah berjaya memperolehi penarafan empat bintang seterusnya melayakkan kapal untuk dioperasikan.

Gambar 5

Gambar 6Lawatan pemeriksaan kapal
Gambar 7
Pegawai dan anggota KD TEGUH SAMUDERA bergambar bersama
Ketua Staf Markas Pemerinatahan Kesiagaan TLDM

 

 

Rujukan: 040818/02
Sumber: KD TEGUH SAMUDERA
Artikel: Lt Aiddil Fariz bin Shaidin TLDM
Jurufoto: LK KOM Thasaratan Veeramuthu

Last modified on Sabtu, 04 Ogos 2018 01:35

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 114

Semalam 491

Bulan ini 6858

Keseluruhan 433061

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM