Ogs 05

KD YU TERUSKAN JIWA MURNI & RAKAM DI PULAU SELINGAN

SANDAKAN, 5 Ogos 2018 – Kapal Diraja YU (KD YU) telah mengambil kesempatan semasa penugasan operasi bagi melaksakan lawatan ke Pulau Selingan bagi melaksanakan Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM) bersama Batalion ke-15, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pos Pulau Selingan dan pelaksanaan Program Jiwa Murni dan Rakan Maritim (RAKAM) di persekitaran pulau tersebut.

Gambar 1
Bersama anggota PDRM di Pos PGA Pulau Selingan

Gambar 2
Pegawai Navigasi KD YU bersama Encik Jo Michael,
Penolong Pengurus Agensi Taman-Taman Sabah Pulau Selingan

Gambar 3
Kerja-kerja pembersihan di kawasan
persekitaran surau dan pulau

Pulau Selingan adalah sebuah pulau yang terletak di Taman Pulau Penyu (Turtle Island Park) bersama dua buah pulau lain iaitu Pulau Bakungan Kecil dan Pulau Gulisan yang telah diwartakan sebagai pusat penjagaan, penetasan dan pemuliharaan penyu pada 1 Oktober 1977. Pulau Selingan terletak di Perairan Laut Sulu iaitu lebih kurang 40 kilometer dari pusat Bandar Sandakan dan mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan menggunakan bot laju. Pulau ini dikawal selia oleh Agensi Taman-Taman Sabah (Sabah Park) merangkumi keluasan 8.1 hektar bagi memastikan spesies penyu terancam dilindungi.

Gambar 4
Navy People sedia berkhidmat kepada masyarakat

Gambar 5
Pulau Selingan dari KD YU

Pulau Selingan juga merupakan salah satu tempat pelancongan yang terkenal dengan keindahan semulajadi pulau dan kejernihan air lautnya. Fasiliti yang disediakan adalah 4 buah chalet yang mampu memuatkan 50 orang dalam satu-satu masa dan juga restoran. Selain itu, terdapat juga tempat penetasan telur penyu, bilik pameran, kafeteria, padang bola dan gelanggang bola tampar. Tarikan utama aktiviti pelancongan di pulau ini adalah aktiviti melihat penyu bertelur. Menurut Penolong Pengurus Agensi Taman-Taman Sabah Pulau Selingan, Encik Jo Michael, bulan Ogos merupakan antara bulan yang paling aktif bagi penyu naik ke pantai untuk bertelur. Aktiviti lain yang boleh dilakukan di pulau tersebut adalah snorkeling.

Gambar 6
Pemandangan indah Pulau Selingan

Kedatangan Tim Mendarat KD YU seramai 10 orang diketuai oleh Pegawai Navigasi, Lt Wan Mohd Saiful Adli bin Wan Ahmad TLDM disambut mesra oleh Ketua Platun, Kompeni A PGA iaitu Inspektor Hakim bin Hosman. Tim seterusnya dibawa melawat sekitar pulau bagi melihat rutin penugasan pasukan sahabat serta rutin aktiviti lain di pulau tersebut. Anggota Pos PGA Pulau Selingan memberi kerjasama yang sangat baik bagi menjayakan IBM dan mengalu-alukan kedatangan TLDM pada masa akan datang.

Gambar 7T
Tempat penetasan penyu

Tim juga mengambil kesempatan beramah mesra bersama pekerja Agensi Taman-Taman Sabah di samping mempromosikan Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M). Program Jiwa Murni seterusnya dilaksanakan di sekitar Surau Pulau Selingan dan kawasan persekitaran pantai. Program sebegini wajar diteruskan bagi memastikan kehadiran TLDM dirasai (presence felt) oleh komuniti maritim di samping meningkatkan keyakinan awam terhadap keselamatan maritim negara.

Rujukan : 050818/01
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD YU
Artikel : Lt Wan Mohd Saiful Adli bin Wan Ahmad TLDM
Jurufoto : LK I PWP Muhammad Affif bin Muhammad Rozilah

Last modified on Ahad, 05 Ogos 2018 12:41

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 114

Semalam 491

Bulan ini 6858

Keseluruhan 433061

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM