Mei 15

CERAMAH PENGURUSAN ASET OLEH BADSA SABAH BAGI PEGAWAI ASET MARKAS PEMERINTAHAN KAPAL SELAM DAN UNIT BAWAH NAUNGAN

Kota Kinabalu, 14 Mei 18. Ceramah Pengurusan Aset bagi persediaan awal menghadapi Audit Accountability Index Monitoring System (AIMS) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS). MPKS akan menjalani audit AIMS pada 3 hingga 12 Jul 18, Sehubungan itu, markas telah menjemput Puan Nur Sakinah Teoh binti Abdullah dari Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am (BADSA), Sabah untuk menyampaikan ceramah mengenai Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.

1
Kumpulan Pegawai Aset dan Pemeriksa

2
Sesi Perasmian dan Perkongsian Maklumat

3

Majlis Pembukaan telah disempurnakan oleh Ketua Staf MPKS, Kept Mohd Razib bin Tahir TLDM di Bilik Mesyuarat Utama. Majlis pembukaan tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Aset, Pegawai Pemeriksa serta Pegawai lain yang terlibat dalam pengurusan aset. Selain menyampaikan ceramah, beliau juga turut menjalankan pemeriksaan aset yang terdapat di MPKS dan unit di bawah naungan sebagai persedian awal. Persediaan ini dilaksanakan selama 2 hari bermula 14 hingga 15 Mei 18. Ia bertujuan bagi memastikan setiap Pegawai Aset dan Pegawai Pemeriksa yang dilantik mendapat pendedahan dan panduan secara lebih terperinci dalam pengurusan aset kerajaan sentiasa dalam keadaan terurus dengan baik mengikut arahan 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP), Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.

Rujukan : 150518/04
Sumber : Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS TLDM
Artikel : PW I TNL Ahmad Fazili bin Taharim
Jurufoto : PW II TLR Zulkefili bin Mat Jusoh

Last modified on Selasa, 15 Mei 2018 11:02

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 439

Semalam 561

Bulan ini 11245

Keseluruhan 430183

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM