Mei 16

RONDAAN BERSAMA TMP 7/18 TINGKAT KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA

SEMPORNA, 10 Mei 2018 – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapal Diraja SRI PERLIS (KD SPL) hari ini telah melaksanakan pertemuan bersama kapal Tentera Laut Filipina (TLP) BRP FELIX APOLINARIO (PC 395) untuk menjayakan program Trilateral Maritime Patrol (TMP) siri 7/18 di sekitar Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau ESSZone. Kedua-dua kapal tersebut sedang membuat rondaan di kawasan perairan negara masing-masing dan telah membuat pertemuan di sempadan perairan negara untuk Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM). Pertemuan TMP kali ke-7 pada tahun ini telah dilaksanakan seawal jam 9.00 pagi setelah hubungan komunikasi keduanya berjaya dilakukan. Pertemuan bermula dengan KD SPL merapat di sebelah lambung kanan BRP FELIX APOLINARIO yang diperintah oleh Lt Kdr Renanth H Del Prado PN. Ketibaan KD SPL disambut baik oleh Pegawai Memerintah BRP FELIX APOLINARIO yang fasih berbahasa Melayu. Beliau tidak asing lagi dengan TLDM kerana telah mengikuti latihan Kadet Pengambilan ke-48 di Kolej Tentera Laut Diraja di Lumut selama 3 tahun. Pegawai Memerintah KD SPL, Lt Kdr Kamarol Azra bin Hamzah TLDM telah menjemput krew kapal BRP FELIX APOLINARIO ke kapal untuk menjamu selera dengan juadah kuih tradisional Malaysia.

Gambar 1
KD SPL merapat di lambung kanan BRP FELIX APOLINARIO

Gambar 2
Pertukaran maklumat bersama Pegawai Memerintah BRP FELIX APOLINARIO

Gambar 3
Latihan Semaphore

Gambar 4
Latihan Replenishment at Sea Approach

Gambar 5
Pertukaran maklumat bersama warga kapal

Gambar 6
Anggota komunikasi kapal

Gambar 8
Sesi bergambar bersama warga kedua-dua kapal

Krew kedua-dua kapal saling melaksanakan lawatan ke kapal masing-masing dan turut berkongsi maklumat operasi untuk kebaikan bersama. Perbincangan mengenai latihan juga telah dilaksanakan bagi memahirkan kru kapal masing-masing. Antara latihan yang dilaksanakan adalah latihan Replenishment at Sea Approach (RASAP), Kibaran Bendera (Semaphore) dan Passage Exercise (PASSEX). Kesemua latihan tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Selesai pertemuan, kedua-dua kapal tersebut kembali meneruskan rondaan di perairan negara masing-masing.

Rujukan: 160518/01
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 
Artikel: Lt Dya Mohd Nizam bin Ismail TLDM
Jurufoto: LK I TLR Mohd Azmi bin Saad

Last modified on Rabu, 16 Mei 2018 04:31

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 439

Semalam 561

Bulan ini 11245

Keseluruhan 430183

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM