Mei 16

CERAMAH RAMADHAN YANG DIRINDUI

KOTA KINABALU 14 Mei 18 – BAKAT (L) Armada Timur telah menganjurkan Ceramah Ramadhan Yang Dirindui pada 14 Mei 18 (Isnin). Ceramah ini bermula pada jam 1400 dan berakhir pada jam 1630. Ceramah ini diadakan bersempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba 2 hari lagi. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ilyas bin Rosli dari Persatuan Kekeluargaan Ulama Nusantara. Ceramah ini telah diadakan di Auditorium MPKS. Ceramah ini turut dihadiri oleh Pengerusi BAKAT (L) Armada Timur, barisan Exco-Exco dan Ahli BAKAT yang lain mengikut unit masing-masing. Seramai 123 orang Ahli BAKAT yang hadir bagi aktiviti ceramah ini. Ceramah dimulakan dengan Nyanyian Lagu BAKAT oleh Ahli BAKAT (L) Armada Timur. Ceramah diteruskan lagi dengan Ucapan oleh Yang Berbahagia Pengerusi BAKAT (L) Armada Timur. Antara intipati ceramah yang disampaikan oleh Penceramah Jemputan adalah persediaan awal yang perlu dilakukan sebelum mengahadapi bulan Ramadhan dari segi rohani dan jasmani.

1
Ucapan Pengerusi BAKAT (L) Armada Timur

2
Ceramah bertajuk Ramadhan Yang Dirindui oleh
Ustaz Muhammad Ilyas bin Rosli

3
Sesi Soal Jawab

4
Penyampaian Cenderahati kepada Ustaz Muhammad Ilyas bin Rosli

5
Sesi Bergambar

Ceramah ini memberi impak yang besar kepada semua Ahli BAKAT yang hadir dengan melahirkan sifat kesedaran dan prihatin akan pentingnya menyambut bulan Ramadhan. Diharapkan ceramah seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ianya memberi seribu kebaikan kepada umat islam.

Rujukan:150518/02
Sumber: Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel: Lt Dya Anis Fartina binti Alias TLDM
Jurufoto: LK I TLS Mohd Zulhakimi bin Yusoff

Last modified on Rabu, 16 Mei 2018 04:57

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 439

Semalam 561

Bulan ini 11245

Keseluruhan 430183

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM