Mei 17

PROGRAM RPEL TLDM MEMBERI MANFAAT KEPADA NAVY PEOPLE

SANDAKAN, 16 Mei 2018 – Cawangan Pembangunan Sumber Manusia Markas Tentera Laut (SM-PEMB) telah berkunjung ke Sandakan bagi memberi penerangan dan taklimat berkenaan pendaftaran Program Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) TLDM. Program ini merupakan program yang bakal mengiktiraf anggota berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu dalam perkhidmatan. Anggota yang berjaya bakal dipersijilkan dengan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Taklimat yang diadakan di Dewan Mohd Azim, Rumah Keluarga TLDM (RKTLDM) Taman Samudera itu telah disampaikan oleh Lt Kdr Roslan bin Rahim@Umar TLDM serta dibantu oleh Lt Muhamad Saufi bin Zolkafli TLDM dan PW I TLS Mohd Faisal bin Derasit.

Gambar 1Taklimat Program RPEL yang diadakan di Dewan Mohd Azim RKTLDM
Taman Samudera
Gambar 2
Lt Muhamad Saufi TLDM menyampaikan kata-kata aluan kepada
warga Navy People Sandakan yang hadir
Gambar 3
Lt Kdr Roslan menyampaikan taklimat berkaitan Program RPEL

RPEL merupakan satu kaedah penilaian terhadap anggota TLDM dan Veteren ATM untuk mendapatkan pengiktirafan berdasarkan kemahiran, pengetahuan dan keterampilan semasa dalam bidang tertentu untuk dipersijilkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3; Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) / Tahap 5 berpandukan Standard Kemahiran Kebangsaan atau National Occupational Skill Standard (NOSS).

Objektifnya adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pengetahuan yang telah dipelajari warga TLDM melalui pengalaman dan pencapaian terdahulu. Selain itu, ianya dapat meningkatkan kelayakan akademik warga hingga ke tahap DKM atau tahap 4 SKM. Ianya juga meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan yang lebih baik dan menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah anggota TLDM. Akhir sekali ia juga bertujuan mendapat pensijilan dalam tempoh 2 tahun tanpa perlu mengikuti kursus yang formal.

Gambar 4Warga yang hadir khusyuk mendengar penerangan mengenai
kelebihan program
Gambar 5
PW I TLS Mohd Faisal memberi penerangan lebih lanjut dan detail kepada
warga yang berminat

Program yang merupakan cetusan idea Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin ini mendapat sambutan hangat daripada warga Navy People Sandakan terutamanya kepada bakal-bakal pesara kerana ianya dapat memberikan pengiktirafan kepada penat lelah dan pengorbanan warga TLDM sepanjang perkhidmatan sekaligus memberi nilai tambah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang cerah apabila telah bersara kelak.

 


Rujukan: 170518/01
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Muhammad Danial bin Mohamad Rahim TLDM
Jurufoto: LK I HDI Saiful Mohd Saiful Nizam bin Abd Aziz

 

 

Last modified on Khamis, 17 Mei 2018 03:39

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 438

Semalam 561

Bulan ini 11244

Keseluruhan 430182

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM