Mei 17

AUDIT KESIAGAAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

Kota Kinabalu, 15 Mei 18. Audit Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera (PAT) telah berlangsung di Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) pada 15 Mei 18. Pada tahun ini KD TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) untuk dipertandingkan di dalam Anugerah Siaga Panglima Angkatan Tentera. Tujuan audit ini diadakan adalah untuk menilai tahap kesiagaan dan pengoperasian unit-unit TLDM berdasarkan kepada kriteria audit yang telah ditetapkan.

Ketibaan Tim Audit telah disambut oleh Ketua Staf MPKS, Kept Mohd Razib bin Tahir TLDM dan Pegawai Memerintah KD TAR, Kdr Azizan bin Mat Jan TLDM. Audit ini dilaksanakan oleh Tim Audit Markas Kesiagaan TLDM yang diketuai oleh Panglima Siaga, P/Laksamana Pertama Muhammad Ruzelme bin Ahmad Fahimy. Ketua Tim Audit kemudiannya menyampaikan taklimat mengenai audit kesiagaan ini. Di dalam taklimatnya, beliau telah memberi penerangan mengenai perjalanan audit, garis panduan serta kriteria yang ditetapkan, pencapaian bagi tahun 2017 dan perkara-perkara lain lagi.

1Ketua Tim Audit Mengambil Tabik Hormat
2
Delegasi Tim Audit

Pemeriksaan dokumentasi telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Skuadron Kapal Selam (SKS) Pertama. Seterusnya Ketua Tim Audit dan juru audit yang lain dibawa ke KD TAR bagi membolehkan mereka merasai dan melihat sendiri keupayaan pengoperasian aset strategik negara ini. Antara unit TLDM lain yang turut bertanding adalah KD SULTAN IDRIS 1, PUSTAKMAR, KD SRI SEMPORNA dan KD KASTURI.

3Taklimat Pembukaan Audit oleh Pegawai Memerintah KD TAR
4
Lawatan ke KD TAR

 

Rujukan: 170518/02
Sumber: Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS TLDM
Artikel: PW II TLR Mohd Shah Rizal bin Abdul Razak
Jurufoto: BK PWP Mohd Faizul bin Azeh

Last modified on Khamis, 17 Mei 2018 04:31

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 438

Semalam 561

Bulan ini 11244

Keseluruhan 430182

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM