Mei 17

LATIHAN PEMANDUAN JARAK JAUH (PJJ) PASUKAN PERTAHANAN UDARA TLDM KOTA KINABALU

RANAU 15 Mei – Seramai 3 Pegawai dan 13 anggota Lain-Lain Pangkat telah terlibat dengan Latihan Pemanduan Jarak Jauh (PJJ) ke Ranau menggunakan 4 buah Kenderaan Pembawa Misil Starstreak (KPMS). Latihan pada kali ini adalah sejauh 117 km yang bermula dari pasukan sehingga ke Ranau. Latihan pada kali ini agak mencabar berikutan perjalanan yang diharungi adalah laluan berbukit dan jalan tidak rata.

1
Taklimat oleh Ketua Konvoi

2
Pergerakan Konvoi

3

4

Sepanjang perjalanan pemandu telah menempuh jalan yang berlubang dan laluan curam serta berkabus. Setiap pemandu perlu menggunakan kemahiran bagi mengawal kenderaan dan menggunakan gear yang bersesuaian ketika mendaki serta menuruni laluan berbukit dan juga kelajuan pada setiap selekoh tajam. Objektif latihan yang bertujuan untuk menguji kemampuan pemandu dan meningkatkan kemahiran pengendalian KPMS bagi warga pasukan ini telah berjaya dilaksanakan.

5
Susunan kenderaan

6
Pegawai dan anggota terlibat
Pemanduan Jarak Jauh

Selain itu, latihan ini juga dapat memahirkan lagi warga pasukan dalam aspek dan tatacara pemanduan secara berkonvoi. Latihan pemanduan telah bermula pada jam 0630H dan berakhir pada jam 1700H. Keseluruhan latihan dapat berjalan dengan lancar dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada warga pasukan dan kenderaan.

Rujukan : 170518/03
Sumber : Pasukan Pertahanan Udara TLDM Kota Kinabalu
Artikel : Lt Mohd Rafzee bin Mohd Sukri TLDM
Jurufoto : LK PAP Jackson anak Abas

Last modified on Khamis, 17 Mei 2018 05:28

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 439

Semalam 561

Bulan ini 11245

Keseluruhan 430183

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM