Ogs 09

LAWATAN KE PENJARA SANDAKAN ERAT KERJASAMA BAKAT (L) & PERSIAP

SANDAKAN, 8 Ogos 2018 – Badan Kebajikan Angkatan Tentera – Laut atau BAKAT (L) Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah melaksanakan lawatan ke Bengkel Kraftatangan Penjara Sandakan hari ini. Rombongan yang telah disambut mesra oleh ahli Persatuan Isteri, Anak-anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) dan dibawa ke Dewan Taman Wira, Penjara Sandakan bagi sesi taklimat.

Gambar 1
Ahli BAKAT (L) MAWILLA 2 bergambar
kenang-kenangan bersama ahli PERSIAP

Gambar 2
Kedatangan BAKAT (L) MAWILLA 2 sangat dialu-alukan

Gambar 3
Taklimat latar belakang dan peranan Penjara Sandakan
kepada masyarakat oleh Inspektor Jalani Oyang

Sesi taklimat dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengacara majlis. Sesi taklimat pertama telah disampaikan oleh Inspektor Nurhana binti Parlan mengenai PERSIAP. Taklimat ini dirangka bagi memberi penerangan lanjut berkaitan penubuhan PERSIAP di Sandakan. Persatuan Wanita di institusi Penjara telah lama wujud di mana pengurusan pentadbirannya di bawah institusi masing-masing. Dengan tujuan untuk menyatukan Persatuan-Persatuan Wanita di institusi di bawah satu pengurusan agar segala aktiviti dapat diselaraskan, maka PERSIAP ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1989.

Gambar 4 1
Ahli BAKAT (L) MAWILLA 2 kusyuk mendengar taklimat

Gambar 4 2

Selesai sesi pertama, Inspektor Jalani bin Oyang dijemput bagi menyampaikan taklimat seterusnya iaitu mengenai latar belakang dan peranan Penjara Sandakan kepada masyarakat. Kedua-dua sesi ini dilihat memberi pengetahuan baru kepada para ahli BAKAT ( L) MAWILLA 2 mengenai kehidupan di sebalik tirai besi dan tembok pagar Penjara Sandakan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan upacara pertukaran cenderahati di antara Pengerusi BAKAT (L) MAWILLA 2, Datin Kalaiarasi Subramaniam dan Pengerusi PERSIAP Sandakan, Puan Azalina Abdul Rahman sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan. Rombongan kemudiannya dijemput menjamu selera sebelum dibawa melawat Bengkel Penjara Sandakan di mana hasil kraftangan yang dipamerkan adalah hasil kerja tangan banduan yang sedang memjalani pemulihan dan hukuman.

Gambar 5
Datin Kalaiarasi bertukar cenderahati dengan Puan Azalina (kanan)

Gambar 6
Lawatan ke Bengkel Penjara Sandakan

Gambar 7
Antara produk kraftangan yang dihasilkan Penjara Sandakan

Terdapat juga ahli BAKAT (L) yang berminat utk menempah hasil kraftangan-kraftangan tersebut. Hal ini bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan kraftangan yang cantik dan bermutu tetapi sebagai tanda sokongan kepada para banduan bahawa masyarakat masih menerima kehadiran mereka apabila bebas kelak. Lawatan selesai jam 5.30 petang dan rombongan BAKAT (L) MAWILLA 2 berangkat pulang ke rumah masing-masing.

~WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT~

Rujukan : 090818/01
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – BAKAT (L) MAWILLA 2
Artikel : Lt Dya Elizabeth Ann Anak James PSSTLDM
Jurufoto : Lt Dya Elizabeth Ann Anak James PSSTLDM

Last modified on Khamis, 09 Ogos 2018 02:55

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 111

Semalam 491

Bulan ini 6855

Keseluruhan 433058

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM