Ogs 10

MEMPERKASA PERANAN PEGAWAI WARAN MARKAS MENERUSI WOOD

SANDAKAN, 9 Ogos 2018 – Program Warrant On Deck (WOOD) telah diadakan di Wisma Pendekar Kapal Diraja SRI TIGA (KD SRI TIGA) oleh Pegawai Waran Markas (PWM), PW I TMK Saiful Rizal Kamaludin melibatkan anggota TLDM dari unit di bawah naungan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) seperti Kapal Auksiliari TUN AZIZAN, KD SRI TIGA dan KD PARI. Program bertujuan untuk berinteraksi secara lebih dekat lagi bersama warga ARMADA Sandakan yang kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan operasi di laut.

Gambar 1
PWM menerangkan mengenai Aplikasi-Aplikasi Rasmi yang perlu
diketahui oleh warga Navy People bagi mendapatkan
maklumat terkini mengenai TLDM

Gambar 2
Sesi menandatangani Buku Pelawat

Gambar 3
Kata-kata aluan oleh Pegawai Memerintah KD SRI TIGA

Program WOOD ini merupakan inisiatif Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam agar perkongsian hala tuju MAWILLA 2 oleh pucuk pimpinan dapat disampaikan dan pemasalahan yang dihadapi warga ARMADA Sandakan dapat didengari dengan lebih jelas. Ketibaan PWM pada jam 9.30 pagi dialu-alukan oleh Pegawai Memerintah KD SRI TIGA, Leftenan Komander Kamarulzaman Kamaruddin TLDM. Program seterusnya dimulakan dengan sesi menandatangani buku lawatan bertempat di Cargo Hall atau Dewan Kargo KD SRI TIGA.

Gambar 4
Bintara tulang belakang MAWILLA 2

Gambar 5
PWM sebagai penghubung suara Navy People
dengan pucuk pimpinan tertinggi TLDM

Pelbagai perkara telah dibincang dan diterangkan oleh PWM kepada anggota yang hadir. Antaranya mengenai perkongsian maklumat mengenai Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) RMN Official App atau Navy Apps, laman sesawang serta social rasmi TLDM, pemantapan Sistem Bahagian, keselamatan, disiplin, dan Nilai Teras TLDM yang menjadi sumber kekuatan dalam membentuk sikap serta budaya hidup warga Navy People Sandakan seterusnya dapat mendukung Misi dan Visi TLDM.

Gambar 6
Warga Navy People yang hadir tekun mendengar amanat PWM

Gambar 7
Sesi bergambar kenang-kenangan PWM
bersama warga ARMADA Sandakan

Dikesempatan itu juga, PWM berkesempatan menerangkan kepada anggota yang hadir untuk menyahut saranan PANGWILLA 2 bagi merealisasikan Program Transformasi TLDM 15 ke 5 atau RMN 15to5. Diharapkan agar program sebegini diteruskan lagi pada masa akan datang dan dapat membuka jalan penyelesaian bagi setiap permasalahan yang dibangkitkan di kalangan warga Navy People Sandakan khasnya bagi warga ARMADA Sandakan yang menjadi teras serta nadi kepada pengoperasian MAWILLA 2 di wilayah ini.

~WE EXIST BECAUSE OF THE FLEET~

Rujukan : 100818/02
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : LK TLS Nik Amirruddin bin Nik Par
Jurufoto : LK TLS Nik Amirruddin bin Nik Par

 

Last modified on Jumaat, 10 Ogos 2018 03:24

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 114

Semalam 491

Bulan ini 6858

Keseluruhan 433061

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM