Mei 24

HARI PERTAMA RAMADAN KA TAZ DI PERBATASAN

SANDAKAN, 17 Mei 2018 – Hari ini merupakan hari pertama seluruh umat Islam menyambut Ramadan Al-Mubarak dan juga melaksanakan permulaan ibadah puasa bagi tahun 1439 Hijrah. Warga Kapal Auksiliari Tun Azizan (KA TAZ) turut tidak ketinggalan menyambut hari pertama Ramadan ini dengan mengadakan Majlis Iftar dan Solat Sunat Tarawih.

Gambar 1Menu Iftar yang lazat disediakan
Gambar 2
Anggota beratur mengambil makanan

Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan Zikir oleh semua warga kapal yang hadir seawal jam 5.30 petang bertempat di hangar kapal. Aktiviti ini diadakan bertujuan mengisi masa terluang sementara menunggu waktu Maghrib untuk Iftar. Selesai Iftar, kesemua warga kapal mendirikan Solat Fardu Maghrib diikuti dengan Solat Fardu Isyak dan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah.

Gambar 3Kemeriahan Iftar
Gambar 4
Solat Sunat Tarawih berjemaah

Aktiviti seperti ini telah memberi peluang kepada seluruh anak-anak kapal beragama Islam meningkatkan ketakwaan dan menambahkan lagi amal ibadah walaupun beroperasi di tengah laut. Tambahan pula, seluruh amalan baik dilipat gandakan pahala pada bulan yang mulia ini. Aktiviti ini juga telah dapat memupuk silaturrahim bagi seluruh warga kapal dan akan diteruskan sepanjang malam Ramadan pada tahun ini.

 

Rujukan: 240518/07
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KA TAZ
Artikel: Lt Mohamad Rizwan bin Mohamad Rudzi TLDM (KA TAZ)
Jurufoto: LK I JTP Erick Foo Gan San (KA TAZ)

Last modified on Khamis, 24 Mei 2018 13:26

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 218

Semalam 422

Bulan ini 7512

Keseluruhan 440336

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM