Jun 08

KD SRI GAYA GEMAKAN ALUNAN AL-QURAN DI LAUTAN SEMPENA WORLD #QURANHOUR

SEMPORNA, 7 Jun 2018 – Operasi dan rondaan tidak menjejaskan warga Kapal Diraja (KD) SRI GAYA mengambil peluang keberkatan bulan Ramadan dengan melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran, Iftar dan Solat Sunat Tarawih ketika sedang melaksanakan tugas di laut. Majlis bertujuan meraikan warga KD SRI GAYA yang telah berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran sepanjang sesi tadarus yang telah dijalankan pada setiap hari selepas solat Zohor secara berjemaah. Selain itu, Majlis Khatam Al-Quran juga dilaksanakan bagi menyokong usaha murni Kerajaan dalam memartabatkan Al-Quran menerusi Kempen World #QuranHour.

Gambar 1Majlis bacaan khatam Al-Quran

Majlis ini juga bertujuan untuk mendidik warga KD SRI GAYA untuk mencintai Al-Quran bukan sahaja ketika bulan Ramadhan malah diteruskan lagi pada bulan-bulan yang lain. Majlis diteruskan dengan pemberian cenderahati kepada semua peserta khatam Al-Quran yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah KD SRI GAYA, Lt Kdr Mazly bin Kamarolzaman TLDM.

Gambar 2Sesi pemberian cenderhati kepada peserta khatam Al-Quran

Ketua Rumah Masak Laskar Kelas I BDI Mohd Saffar bin Abd Rahman turut menceriakan warga KD SRI GAYA dengan menu istimewa "Gaya Nasi Arab" yang dihidangkan sebagai menu berbuka puasa pada hari ini. Selesai berbuka puasa, warga KD SRI GAYA melaksanakan solat jamak fardhu Maghrib dan Isyak serta Solat Sunat Tarawih secara berjemaah yang diimankan oleh AJK Agama KD SRI GAYA, Laskar Kanan PAP Amirul Hakimi.

Gambar 3Warga KD SRI GAYA berbuka puasa bersama-sama di Cargo Hall
Gambar 4
Solat secara berjemaah

 

Rujukan: 080618/04
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD SRI GAYA
Artikel: Lt Dya Raja Kamal Zulhafifie bin Raja Ibrahim TLDM
Jurufoto: LK I JTP Mohd Qaiyum bin Zainalallam

Last modified on Jumaat, 08 Jun 2018 15:42

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 218

Semalam 422

Bulan ini 7512

Keseluruhan 440336

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM