Jun 08

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT DAN PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI OLEH ASISTEN MARSYAL PROVOS

Lumut, 8 Jun 18 – Bertempat di serambi PROTELA Lumut telah berlangsung Majlis Pemakaian Pangkat dan Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2018/1439H yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Asisten Marsyal Provos (AMP) Kdr Farizan bin Hussain TLDM.

Pemakaian pangkat ini terdiri daripada 43 orang anggota lain-lain pangkat (LLP) yang telah dinaikkan pangkat dari LK II kepada LK I mulai 2 Jun 2018 mengikut kepakaran masing-masing.

1Gembira dan bangga diraut wajah LK II PAP Syafiq
2
AMP memakai pangkat kepada LK II PRL Putri

Majlis bermula sekitar jam 0800H dan berakhir jam 0930H. Dalam ucapan AMP, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat dan berharap dengan kenaikan pangkat tersebut dapat dijadikan pemangkin semangat untuk terus berusaha dan menabur bakti kepada perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Di dalam perutusannya, AMP telah menasihatkan setiap anggota yang akan bercuti mulai esok untuk mengutamakan aspek keselamatan sebelum memulakan perjalanan ke kampung halaman masing-masing. Keselamatan rumah dan tempat tinggal serta harta benda kerajaan di pejabat harus dipastikan berada dalam keadaan berkunci dan selamat.

3Ucapan tahniah oleh AMP kepada yang anggota dinaikkan pangkat
4
Amanat AMP sempena Hari Raya Aidilfitri
5
Sesi bergambar
6
AMP memeriksa kenderaan anggota

Tegas beliau lagi, keselamatan PROTELA dan pangkalan ini wajib ditingkatkan dan sentiasa berwaspada kerana ancaman tidak mengenal waktu lebih-lebih lagi pada musim cuti perayaan sebegini. Awasan bertugas digesa agar memastikan segala aspek keselamatan, safety dan security dipenuhi. Sepanjang musim cuti hari raya ini, beliau menasihati warga agar berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja, cukup sekadar yang termampu serta tidak berhutang semata-mata untuk menyediakan kelengkapan hari raya seperti perabot dan pakaian baru. AMP turut mengalakkan warga PROTELA Lumut menggunakan sepenuhnya cuti ini untuk meraikan sambutan hari raya bersama keluarga, khususnya ibu dan bapa serta sanak saudara bagi mengeratkan lagi kasih sayang dan ukhwah persaudaraan sesama islam. Diakhir ucapan, AMP mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin’’ kepada seluruh warga PROTELA Lumut serta mendoakan agar semua Navy People sentiasa diberkati olehNya.

7AMP bersalaman dengan warga PROTELA Lumut
8
PBTU mewakili anggota BTU mengucapkan salam lebaran kepada AMP
9
XO mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada AMP

 

Rujukan: 080618/05
Sumber: Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut
Artikel: Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut
Jurufoto: Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut

Last modified on Jumaat, 08 Jun 2018 16:12

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 224

Semalam 422

Bulan ini 7518

Keseluruhan 440342

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM