Jun 08

PERUTUSAN HARI RAYA PANGLIMA TENTERA LAUT SEMARAKKAN SEMANGAT AIDILFITRI NAVY PEOPLE DI LUMUT

Lumut, 8 Jun – Warga Pangkalan TLDM hadir memenuhi segenap ruang di Auditorium M.Sidek Shabudin bagi mendengarkan Perutusan Hari Raya Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin melalui sidang video hari ini. Panglima Tentera Laut berasa teruja dan berbangga dapat berinteraksi bersama warga Navy People yang berkhidmat di Pangkalan TLDM Lumut dan markas formasi yang lain.

Gambar 1Navy People menantikan amanat YBhg Panglima Tentera Laut
Gambar 2
Ketibaan JLAKS

Dalam perutusan beliau, YBhg Tan Sri Ahmad Kamarulzaman menyatakan keperluan untuk setiap warga Navy People sentiasa bersyukur di atas segala nikmat keamanan dan keselamatan yang dikurniakan Allah S.W.T. Beliau turut berharap agar Navy People dapat mendoakan setiap anggota yang beroperasi di perairan negara sepanjang Hari Raya Aidilfitri ini. Panglima Tentera Laut turut menyatakan bahawa ianya bukan satu pengorbanan yang mudah bagi meninggalkan keluarga demi menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara, namun beliau berharap agar warga yang bertugas sentiasa bersemangat dan memberikan yang terbaik sepanjang bertugas di laut. Dalam perutusan kali ini, turut diselitkan peringatan agar warga Navy People yang pulang ke kampung berhari raya dapat memastikan keselamatan dan kesihatan diri ketika pemanduan agar risiko kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.

Gambar 3Warga tekun mendengar perutusan Panglima Tentera Laut

Usai perutusan, Pemangku Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Abu Bakar Mohd Ajis bersama Jawatankuasa Laksamana yang lain telah mengambil peluang menyemarakkan semangat Aidiilfitri dengan bersalaman bersama warga Navy People tanda tulus ingatan memohon maaf zahir dan batin sebelum kesemua warga beredar dan pulang berhari raya.

Gambar 4JLAKS bersalaman bersama warga perkukuh ikatan silaturrahim
Gambar 5
Warga Navy People mengucapkan Selamat Hari Raya

 

Rujukan: 080618/06
Sumber: Pejabat Perhubungan Awam MPAB
Artikel: Pejabat Perhubungan Awam MPAB
Jurufoto: LK PBS Mohd Mubin bin Salim
              LK KOM Mohd Jalaluddin Al Sayuti bin Haji Hamid

Last modified on Jumaat, 08 Jun 2018 16:40

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 225

Semalam 422

Bulan ini 7519

Keseluruhan 440343

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM