Jun 09

MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI PERTAHANAN BERSAMA NAVY PEOPLE DI KD MAHAWANGSA

PULAU INDAH, 7 Jun – Majlis Berbuka Puasa bersama pegawai dan anggota warga KAPAL DIRAJA (KD) MAHAWANGSA bersama Yang Berhormat (YB) Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia telah dilaksanakan dalam satu pelayaran sekitar perairan Selat Melaka.

Buat julung kalinya, YB Menteri Pertahanan berkesempatan meluangkan masa dan mendekati The Navy People dalam satu majlis yang serba ringkas namun kemeriahan tetap dirasai. Kehadiran Menteri Pertahanan bersama Super Lynx turut diiringi oleh Panglima Tentera Laut; Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin.

1

2Ketibaan Menteri Pertahanan di sambut oleh Pegawai Memerintah
Kapal KD MAHAWANGSA

Sejurus tiba di KD MAHAWANGSA, Menteri Pertahanan dibawa melawat ke anjungan dan galley kapal disusuli taklimat operasi oleh Asisten Ketua Staf Operasi Markas Pemerintahan Armada Barat; Kepten Azman bin Rabbani TLDM. YB Tuan Haji Mohamad Sabu turut menyampaikan bingkisan raya kepada warga kapal dan seterusnya berbuka puasa serta melaksanakan solat Maghrib secara berjemaah.

3YB Mohamad Sabu berkesempatan melawat anjungan kapal KD MAHAWANGSA
4
Menteri Pertahanan menunjukkan bakat memasak kuih raya
di galley KD MAHAWANGSA
5
Bingkisan raya diberikan kepada Navy People yang meneruskan
rondaan samudera ketika musim perayaan Aidilfitri

Majlis seumpama ini merupakan salah satu langkah bagi menghargai pengorbanan dan jasa anggota TLDM yang terpaksa berjauhan daripada keluarga pada bulan Ramadan dan Syawal. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk berjauhan daripada keluarga terutamanya pada bulan istimewa dalam Islam ini, namun kerana tugas dan tanggungjawab kepada negara, mereka sanggup berkorban.

Walaupun seluruh umat Islam sedang bergembira bagi menyambut hari lebaran, TLDM perlu menunaikan tanggungjawab melaksanakan operasi pengawasan keselamatan perairan dan instalasi strategik maritim negara. Tanggungjawab menjaga kedaulatan dan rutin operasi seperti ini sememangnya tidak boleh dikompromi.

Pengorbanan ini penting bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia dapat menyambut hari lebaran dengan aman dan bahagia. Ia bukan sahaja pengorbanan kita sebagai sebuah pasukan keselamatan, malah ianya juga melibatkan pengorbanan kaum keluarga anda semua yang sedang bertugas di perbatasan ini.

Pengorbanan masih diperlukan bagi memastikan suasana aman damai yang dinikmati kekal utuh dan tidak berubah sekelip mata seperti yang berlaku di negara-negara lain yang bergolak. Syabas dan terima kasih kepada semua 186 warga KD MAHAWANGSA yang akan meneruskan operasi pengawasan selepas majlis ini sehingga 21 Jun 18.

Jasa dan pengorbanan anggota tentera sentiasa dihargai dan melalui aktiviti seumpama ini dapat memberi ruang dan peluang kepada pengurusan tertinggi pertahanan untuk lebih mendekati dan memahami tugas TLDM khususnya dalam pasukan keselamatan Negara.

6YB Menteri Pertahanan beramah mesra bersama warga kapal KD MAHAWANGSA
7
Warga media yang turut sama menjayakan Majlis Berbuka Puasa
Bersama Menteri Pertahanan



Rujukan: 090618/01 
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik TLDM 
Artikel: Cawangan Komunikasi Strategik TLDM 
Jurufoto: Cawangan Komunikasi Strategik TLDM 

Last modified on Sabtu, 09 Jun 2018 14:53

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 218

Semalam 422

Bulan ini 7512

Keseluruhan 440336

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM