Jun 09

IFTAR RAMADAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA PERKUKUH HUBUNGAN, ERAT SILATURRAHIM

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Markas Tentera Laut telah menganjurkan majlis iftar dalam serba kesederhanaan namun tetap meriah bersama Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin dan Navy People peringkat Lembah Klang bertempat di KD SRI GOMBAK.

1

2

3Majlis khatam Al-Quran turut dilaksanakan oleh The Navy People
Markas Tentera Laut

Bertemakan pakaian ‘ala kampung’, majlis ini disertai kira-kira 310 orang pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta mantan Panglima Tentera Laut. Menarik kali ini, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran seramai 40 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Raudhatul Jannah, Gombak. Pemilihan tema pakaian ‘ala kampung’ ini sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan anak–anak perantau yang terdiri daripada anggota TLDM merasai suasana berbuka puasa di kampung halaman masing-masing.

4Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bersama Mantan-mantan
Panglima Tentera Laut yang turut hadir di Majlis Iftar

Majlis dimulakan dengan juadah ringan ketika berbuka puasa dan diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Leftenan Kolonel Ku Ibrahim Najib bin Ku Mohamad. Hadirin kemudian menikmati majlis makan malam sejurus selesai solat Maghrib, diikuti dengan solat Isyak dan tarawih berjemaah serta diakhiri dengan moreh. Panglima Tentera Laut turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang hadir.

5

6Pelbagai juadah disediakan di Majlis Iftar Markas Tentera Laut

Dalam bulan penuh keberkatan dan kemuliaan ini, Iftar Ramadan secara tidak langsung dapat mengukuhkan perpaduan dan silaturrahim antara the Navy People bersama anak-anak yatim ini. Di samping beramal dan beribadat dalam bulan Ramadan, majlis seperti ini pasti menjanjikan kebaikan dan kerahmatan buat semua.

7

8

9Pengurusan Tertinggi TLDM beramah mesra bersama anak-anak yatim yang hadir

 

Rujukan: 090618/02 
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik TLDM 
Artikel: Cawangan Komunikasi Strategik TLDM 
Jurufoto: Cawangan Komunikasi Strategik TLDM

Last modified on Sabtu, 09 Jun 2018 15:42

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 224

Semalam 422

Bulan ini 7518

Keseluruhan 440342

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM