Jun 09

PSTL SANDAKAN BERAMAL JARIAH AGIH BUBUR LAMBUK

SANDAKAN, 10 Jun 2018 – Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Sandakan telah menganjurkan Program Bubur Lambuk sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak bertempat di perkarangan KD SRI SANDAKAN pada hari ini. Program ini merupakan program tahunan yang menjadi sebahagian tanggungjawab sosial warga PSTL Sandakan kepada masyarakat setempat di bulan yang mulia ini.

Selain daripada menambah amal ibadah, program sebegini mampu mengeratkan lagi silaturrahim di antara anggota PSTL Sandakan sekaligus memperkenalkan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) kepada masyarakat. Program ini turut dihadiri oleh Lt Kdr (K) Dato’ Charles O Pang PSSTLDM, yang hadir bersama isteri membantu menyumbang bagi menjayakan pelaksanaan aktiviti ini. Beliau turut menzahirkan rasa bangga terhadap semangat anggota PSTL Sandakan dalam menjayakan program kemasyarakatan seperti ini.

Program yang diketuai oleh Lt Dya Mohammad Faiz Bin Razali TLDM ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi dengan pelbagai persiapan awal dibuat seperti penyediaan peralatan memasak serta bahan-bahan rencah untuk membuat bubur lambuk. Kerjasama semua anggota PSTL Sandakan yang terlibat sepanjang proses memasak bubur lambuk sehinggalah membungkus dan mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai melicinkan lagi program pada kali ini. Bubur lambuk yang telah siap dijamah itu turut diagihkan kepada anak-anak yatim, fakir miskin, serta masjid dan surau yang berhampiran. Program ini selesai sekitar jam 4.00 petang.

Gambar 1Aktiviti memasak bubur lambuk dapat mengeratkan silaturrahi
sesama Navy People PSTL Sandakan
Gambar 2
Penyediaan bahan rencah untuk memasak bubur lambuk
Gambar 3
Proses memasak bubur lambuk
Gambar 4Bubur lambuk diagihkan ke Rumah Warga Tua Sri Harapan
Gambar 5Turut diagihkan ke masjid-masjid berhampiran
Gambar 6
Warga PSTL Sandakan mengedarkan bubur lambuk kepada
pusat pengajian agama
Gambar 7Anak-anak yatim juga tidak dilupakan
Gambar 8Agihan kepada warga Navy People yang sedang bertugas di kapal

Diharap dengan adanya program seperti ini, dapat memberi kesedaran kepada anggota PSTL Sandakan dan juga masyarakat berkaitan kepentingan beramal dan bersedekah, disamping mampu merapatkan lagi hubungan silaturrahim serta memperkenalkan PSTL Sandakan kepada masyarakat setempat. Semoga program ini mampu memberikan manfaat kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Gambar 9PUAS…Warga Navy People Sandakan bergambar bersama dan gembira
kerana dapat beramal jariah pada hari ini

 

#SyukranYaRamadhan
#Kebajikan
#SuksesdanKomited


Rujukan: 100618/01
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – PSTL Sandakan
Artikel: Pegawai Kadet Tuti Ema Yani Joseph
Jurufoto: Pegawai Kadet Tuti Ema Yani Joseph

Last modified on Sabtu, 09 Jun 2018 23:52

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 225

Semalam 422

Bulan ini 7519

Keseluruhan 440343

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM