Jun 11

HADIAH HARI RAYA WARGA KD PARI

SANDAKAN, 8 Jun 2018 – Pegawai Memerintah KD PARI, Lt Kdr Mohd Ridzuan bin Samsuddin TLDM dengan berbesar hatinya telah menyempurnakan dua majlis pada pagi ini iaitu Upacara Pemakaian Pangkat Warga KD PARI dan Pemberian Duit Raya Warga KD PARI. LK II TLR Muhammad Faizuddin Bin Rashid telah dinaikkan ke pangkat Laskar Kelas l dengan kekananan bermula 4 Jun 2018. Upacara pemakaian pangkat disempurnakan oleh Pegawai Memerintah dan diiringi Pegawai Peperangan Atas Air, Lt Amir Hamzah bin Mat Sari TLDM.

Gambar 1Pemakaian pangkat kepada LK II TLR Muhammad Faizuddin Bin Rashid

Sejurus selepas upacara tersebut, majlis diteruskan dengan Pemberian Sumbangan Duit Raya KD PARI. Kesemua warga kapal yang mempunyai anak diberikan sampul surat berisi wang sumbangan. Bilangan sampul surat yang diterima adalah bilangan anak yang dimiiki oleh warga kapal. Adalah menjadi satu kelebihan dan keistimewaan jika warga kapal mempunyai anak yang ramai. Duit raya tersebut juga merupakan pembahagian hasil jualan baju kemeja-T dan kantin KD PARI terutamanya ketika jualan pada Hari Terbuka Armada 2018 yang lalu.

Gambar 2Pemberian Wang Sumbangan Duit Raya kepada warga kapal

Di kesempatan ini, Pegawai Memerintah mengambil peluang untuk menyampaikan ucapan dan amanat kepada warga kapal. Beliau memaklumkan bahawa, puasa bukanlah penghalang bagi warga The Navy People untuk terus mempertahankan perairan negara.

Gambar 3
Pegawai Memerintah menyampaikan ucapan
Gambar 4
Ucapan dan amanat Pegawai Memerintah didengari oleh warga kapal

Upacara pemakaian pangkat dan pemberian duit raya dilihat sebagai penyunting semangat untuk anak-anak kapal terus berusaha untuk memajukan diri. Tidak dinafikan, wajah keceriaan warga kapal terpancar setelah menerima wang sumbangan tersebut lebih-lebih lagi apabila kapal beroperasi di laut ketika umat Islam menyambut 1 Syawal. Tradisi sebegini harus diteruskan kerana ia bukan sahaja meningkatkan moral warga kapal untuk bekerja malah mengeratkan hubungan antara warga kapal.

#BulanRamadanBulanBerkat
#RezekiRamadhan
#RMNStingray


Rujukan: 110618/01
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD PARI
Artikel: Lt Dya Muhammad Asri bin Ahmad Ghulamuddin TLDM
Jurufoto: LK PAP Haryanto bin Made

Last modified on Isnin, 11 Jun 2018 06:01

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 218

Semalam 422

Bulan ini 7512

Keseluruhan 440336

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM