Jun 11

KD TODAK LAKSANA RAKAM, K3M DI DANAWAN DAN SI AMIL

SEMPORNA, 11 Jun 2018 - Pelaksanaan Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM) adalah salah satu aktiviti kapal-kapal TLDM semasa melaksanakan penugasan operasi. Pelaksanaan IBM ini bertujuan bagi mengukuhkan lagi hubungan antara warga TLDM dan anggota Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (Mk ATB 2) dan berkongsi maklumat semasa berkenaan keselamatan di perairan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau ESSZone. Penugasan Op Daulat Benua (ODB) siri 16/18 yang dilaksanakan oleh Kapal Diraja (KD) TODAK kali ini berkesempatan melaksanakan IBM, aktiviti Rakan Maritim (RAKAM) dan penerangan Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) di Pulau Danawan dan Pulau Si Amil, Sabah.

Pulau Danawan dan Pulau Si Amil terkenal dengan keindahan semulajadi ekosistem marin dan merupakan salah satu pulau di sekitar Sabah yang sering menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara. Program RAKAM dan penerangan Aplikasi K3M telah dilaksanakan oleh pasukan mendarat KD TODAK dan turut dibantu oleh pasukan Batalion ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD) yang bertugas di pulau-pulau berkenaan.

Aktiviti pelaksanaan program secara keseluruhannya berjaya dilaksanakan dengan baik. Kerjasama dari pasukan sahabat setempat dan penerimaan baik oleh penduduk kampung di sekitar pulau memudahkan lagi penerangan yang dilaksanakan oleh warga kapal. Diharapkan penggunaan Aplikasi K3M dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung dan seterusnya menjamin keselamatan komuniti maritim. KD TODAK meneruskan rondaan di kawasan operasi setelah selesai pelaksanaan program.

Gambar 1Kru KD TODAK sedang merapat ke Pulau Danawan
Gambar 2Lt Dya Asrapit TLDM bertukar maklumat dengan pegawai 
dari 7 RAMD Pos Pulau Danawan

Gambar 3
Sesi perkongsian ilmu mengenai senjata kecil oleh anggota
Pos Pulau Danawan
Gambar 4
Lt Dya Aiman Haziq TLDM bersalaman dengan anggota yang
bertugas di Pos Pulau Si Amil
Gambar 5
Sesi IBM bersama anggota 7 RAMD di Pulau Siamil



Rujukan: 110618/02
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD TODAK
Artikel: Lt Dya Asrapit bin Ahmad Mohamed
Jurufoto: Lt Dya Aiman Haziq bin Kamaruddin

Last modified on Isnin, 11 Jun 2018 06:44

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 224

Semalam 422

Bulan ini 7518

Keseluruhan 440342

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM