Jun 13

NAVY PEOPLE DI LUMUT PERKUKUH UKHUWAH MELALUI IFTAR DAN SAMBUTAN AMBANG SYAWAL

Lumut, 12 Jun – Markas Pemerintahan Armada Barat telah menganjurkan majlis Iftar dan Sambutan Ambang Syawal di perkarangan Serambi Markas hari ini. Majlis telah dilaksanakan dengan penuh kesederhanaan namun meriah dengan kehadiran menggalakkan daripada warga Navy People. Majlis menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Mantan Panglima Armada Barat, YBhg Laksmana Madya Dato’ Seri Panglima Mohamad Roslan bersama isteri, Datin Seri Rafidah. Acara sebelah pagi dimulakan dengan gotong royong memasak serta mengacau dodol untuk diagihkan kepada warga Navy People dan keluarga yang hadir bersama-sama berbuka puasa hari ini, Bertemakan pakaian kebangsaan, majlis ini disertai kira-kira 450 orang pegawai dan anggota Navy People serta mantan Panglima. Kemeriahan suasana pada majlis malam ini dapat disaksikan melalui hiasan kawasan serambi dan anak-anak yang bermain bunga api. Ini sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan anak–anak perantau bagi merasai suasana berbuka puasa di kampung halaman.

Gambar 1
Ketibaan Mantan Panglima Armada Barat disambut ceria

Gambar 2
Kemeriahan berbuka puasa warga MPAB

Gambar 3
Kanak-kanak tidak lepas peluang bermain bunga api

Gambar 4
Upacara Kacau Dodol oleh tetamu jemputan

Majlis dimulakan dengan juadah ringan ketika berbuka puasa dan diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Mejar Ustaz Ahmad Fauzi bin Mohamed. Hadirin kemudian menikmati majlis makan malam sejurus selesai solat Maghrib, diikuti dengan solat Isyak dan tarawih berjemaah serta diakhiri dengan pemberian bungkusan raya berisi dodol, lemang dan rendang kepada hadirin oleh Mantan Panglima Armada Barat.

Gambar 5
Mengimarahkan Surau Al-Fateh dengan bersolat bersama

Gambar 6
Warga Navy People bersalaman bersama Mantan PAB

Gambar 7
Penyerahan bungkusan raya kepada warga yang hadir

Dalam bulan penuh keberkatan dan kemuliaan ini, perpaduan dan silaturrahim antara Navy People dapat diperkukuh melalui program Iftar Ramadan ini.

Rujukan: 130618/01
Artikel: Pejabat Perhubungan Awam MPAB
Jurufoto: LK PBS Mohd Mubin b. Mohd Salim
              LK PAP Raja Shaari b. Raja Jusoh
              LK KOM Thasarathan A/L Veeramuthu

Last modified on Rabu, 13 Jun 2018 04:43

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 218

Semalam 422

Bulan ini 7512

Keseluruhan 440336

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM