Jun 14

PENGORBANAN NAVY PEOPLE KA TAZ TERUS DIHARGAI - PTL

LAUT SULU, 13 Jun 2018 – The Navy People Kapal Auksiliari TUN AZIZAN (KA TAZ) dan Tim Pasukan Atur Gerak Cepat Tentera Darat (PAC) meraikan keindahan 28 Ramadan 1439H bersama-sama YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut (PTL) di dalam Majlis Penyerahan Bungkusan Beg Raya dan Iftar di KA TAZ. Majlis telah dimulakan dengan sesi bergambar bersama YBhg PTL dan diikuti dengan Majlis Penyerahan Bungkusan Beg Raya kepada warga KA TAZ dan Tim PAC yang bertugas di pagi 1 Syawal.

Gambar 1 4

Gambar 2 3
Ketibaan Panglima Tentera Laut

Gambar 3 3
Warga KA TAZ begambar bersama Panglima Tentera Laut

Gambar 4 3

Gambar 5 4
Majlis Penyerahan Bungkusan Beg Raya

Turut mengiringi YBhg PTL ialah YBhg Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman bin Haji Ayob, Panglima Wilayah Laut 2 dan beberapa orang Pegawai Kanan serta 3 orang wartawan tempatan. Majlis turut dimeriahkan dengan acara Iftar dan persediaan Hari Raya Aidilfitri antaranya aktiviti membuat kuih raya, penyediaan lemang dan ketupat. Aktiviti ini diadakan bertujuan bagi meraikan warga yang bertugas mengawasi perairan negara semasa lebaran nanti. Selesai Iftar, YBhg PTL dan kesemua hadirin mendirikan Solat Fardu Maghrib diikuti dengan Solat Fardu Isyak dan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah.

gambar 6 3

Gambar 8 4
Kemeriahan Iftar

Gambar 9 2

Gambar 10 2
Navy People KA TAZ menyediakan lemang untuk sambutan 1 Syawal

Gambar 13
 Kehebatan mengany…am ketupat oleh Navy People KA TAZ

Gambar 14
Panglima Tentera Laut turut sama membantu Navy People mencucuk sate

Gambar 15
Solat Fardhu Maghrib, Isyak dan Tarawih Berjemaah

Dihujung acara, YBhg PTL turut mengambil peluang memberikan ucapan penghargaan kepada semua warga KA Tun Azizan yang bertugas sewaktu hari lebaran nanti. Beliau turut memberikan kata-kata semangat agar semua warga dapat memberikan khidmat bakti yang cemerlang agar keselamatan perairan negara sentiasa dikawal rapi oleh barisan hadapan ini. Beliau turut mendoakan supaya segala jasa dan pengorbanan TLDM khasnya dan petugas keselamatan amnya akan dihargai dan diangkat sebagai amal ibadah disisi tuhan.

Gambar 17
Ucapan oleh Panglima Tentera Laut

Rujukan: 140618/01
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KA TAZ
Artikel: Lt Rahim bin Ghozi TLDM
Jurufoto: LK I JTP Erick Foo Guan San

Last modified on Khamis, 14 Jun 2018 01:35

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 218

Semalam 422

Bulan ini 7512

Keseluruhan 440336

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM