KUCHING - 25 Mei 18 – Audit Dalaman PWTL Kuching telah dilaksanakan pada jam 7.30 pagi oleh PWTL Kuching Lt Kdr Aminudin bin Bonimin TLDM dan dibantu oleh PW I PNK Mohamad Ali bin Adenan.Semua HOD berkumpul untuk taklimat.

Pemeriksaan Bahagian Kewangan Pasukan
Pemeriksaan Bahagian Kewangan Pasukan

Pemeriksaan Bahagian Tadbir Urus Pasukan
Pemeriksaan Bahagian Tadbir Urus Pasukan

PWTL Kuching menyampaikan amanat hasil penemuan Teguran Audit Dalaman
PWTL Kuching menyampaikan amanat 
hasil penemuan Teguran Audit Dalaman

Tujuan audit dalaman ini dilaksanakan adalah bagi memastikan tahap pengurusan tadbir urus sentiasa dilaksanakan dan berada ditahap yang baik dan memuaskan.Semua warga perlu memastikan tahap profesionalisme dan intergriti adalah ditahap yang baik agar semua pematuhan pengarahan dapat dilaksanakan dengan sempurna untuk kelancaran Tadbit Urus Pasukan.Acara selesai pada jam 12 tengahari.

Rujukan : 250518/01
Sumber : PWTL Kuching
Artikel : BM TLR Mohd Samsul Ridzuan bin Omon
Jurufoto : LK I TLR Strikalai Mannan A/L Istriram

SANDAKAN, 17 Mei 2018 – Hari ini merupakan hari pertama seluruh umat Islam menyambut Ramadan Al-Mubarak dan juga melaksanakan permulaan ibadah puasa bagi tahun 1439 Hijrah. Warga Kapal Auksiliari Tun Azizan (KA TAZ) turut tidak ketinggalan menyambut hari pertama Ramadan ini dengan mengadakan Majlis Iftar dan Solat Sunat Tarawih.

Gambar 1Menu Iftar yang lazat disediakan
Gambar 2
Anggota beratur mengambil makanan

Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan Zikir oleh semua warga kapal yang hadir seawal jam 5.30 petang bertempat di hangar kapal. Aktiviti ini diadakan bertujuan mengisi masa terluang sementara menunggu waktu Maghrib untuk Iftar. Selesai Iftar, kesemua warga kapal mendirikan Solat Fardu Maghrib diikuti dengan Solat Fardu Isyak dan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah.

Gambar 3Kemeriahan Iftar
Gambar 4
Solat Sunat Tarawih berjemaah

Aktiviti seperti ini telah memberi peluang kepada seluruh anak-anak kapal beragama Islam meningkatkan ketakwaan dan menambahkan lagi amal ibadah walaupun beroperasi di tengah laut. Tambahan pula, seluruh amalan baik dilipat gandakan pahala pada bulan yang mulia ini. Aktiviti ini juga telah dapat memupuk silaturrahim bagi seluruh warga kapal dan akan diteruskan sepanjang malam Ramadan pada tahun ini.

 

Rujukan: 240518/07
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KA TAZ
Artikel: Lt Mohamad Rizwan bin Mohamad Rudzi TLDM (KA TAZ)
Jurufoto: LK I JTP Erick Foo Gan San (KA TAZ)

Lumut, 24 Mei - Suatu perjumpaan bersama Panglima Armada Barat bersama Warga Markas Pemerintahan Armada telah berlangsung di Serambi Markas Pemerintahan Armada, Pangkalan TLDM Lumut. YBhg Laksamana Madya Dato Seri Panglima Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli Panglima Pemerintahan Armada telah menyampaikan amanat terakhir beliau serta berkongsi pengalaman bersama warga Navy People yang berkhidmat di bawah Markas Pemerintahan Armada Barat.

1

2YBhg Laksamana Madya Dato Seri Panglima Mohamad Roslan
sampaikan ucapan syukur dan terima kasih

Majlis diadakan dalam suasana yang sederhana dan cukup bermakna bagi semua warga MPAB dan di dalam ucapannya, beliau menyarankan agar kesemua warga kekal istiqamah dan berusaha memberikan yang terbaik dalam pekerjaan mahupun kehidupan seharian. Beliau turut menyeru agar kesemua warga sentiasa mensyukuri nikmat serta rahmat yang diberikan selain turut berharap Navy People melaksanakan tugas dengan penuh ikhlas dan berintegriti dalam memastikan TLDM sentiasa berada ditahap terbaik.

Tambahan lagi, Panglima Armada Barat turut mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa bangga terhadap warga atas kerjasama serta ukhuwah yang utuh antara kepimpinan dan kesemua warga dalam melakar pelbagai kejayaan.

3

4

5Suasana harmoni sekitar majlis, warga yang mendengar ucapan khas

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan bersalaman bersama warga sebelum beliau meninggalkan majlis tersebut.

 

Rujukan: 240518/06
Sumber: Pejabat Perhubungan Awam Markas Pemerintahan Armada Barat
Artikel: Pejabat Perhubungan Awam Markas Pemerintahan Armada Barat
Jurufoto: Pejabat Perhubungan Awam Markas Pemerintahan Armada Barat

Lumut ,24 Mei 2018 – Istiadat Perbarisan Pengunduran Panglima Armada Barat telah berlangsung seawal jam 8.00 pagi di Padang Kawad KD PELANDOK dengan jayanya.

Padang Kawad KD Pelandok menjadi saksi perbarisan yang diadakan khusus bertujuan memberi penghargaan dan mengenang jasa YBhg Laksamana Madya Mohamad Roslan Mohamad Ramli sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Panglima Armada Barat di Markas Pemerintahan Armada Barat.

Seramai 51 pegawai dan 528 anggota lain-lain pangkat tampil segak serta mempamerkan kesiagaan dalam istiadat perbarisan pagi ini. Perbarisan diketuai oleh Kdr Mohamad Fairuz bin Hassan TLDM serta dibantu oleh PW I JJM Shahman bin Basri. Ketibaan Panglima Armada Barat disambut mesra oleh pegawai-pegawai kanan serta warga Navy People yang membanjiri padang kawad.

Perbarisan dimulakan dengan tabik hormat serta nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya. Nyanyian penuh semangat ini nyata mempamerkan semangat Navy People yang sentiasa komited dalam mempamerkan persembahan kawad terbaik. Panglima Armada Barat berasa bangga dan bersyukur atas persembahan kawad yang dipamerkan kerana ia telah berjaya membuktikan bahawa Navy People sentiasa fokus dan bersiap sedia dalam apa jua keadaan. Perbarisan turut diiringi alunan muzik oleh Pancaragam Pusat TLDM di bawah pimpinan Lt Mohd Shamram bin Ramli TLDM dan dibantu oleh Sarjan Mejar PW II PGM Safian bin Said.

1PAB memeriksa Platun
2
PAB menerima tabik hormat dari Pancaragam
3
Plantun Pegawai segak bergaya
4
PAB memberikan isyarat “Terbaik”
5
Perbarisan berjalan lalu
6
Helikopter dari Markas Udara memberikan lintas hormat

 

Rujukan: 240518/04
Sumber: Pejabat Perhubungan Awam Markas Pemerintahan Armada Barat
Artikel: Pejabat Perhubungan Awam Markas Pemerintahan Armada Barat
Jurufoto: Pejabat Perhubungan Awam Markas Pemerintahan Armada Barat

Lumut, 24 Mei 18 – Majlis Perutusan Panglima Armada Barat, YBhg Laksamana Madya Dato Seri Panglima Mohamed Roslan bin Mohamad Ramli telah dilaksanakan di Auditorium M.Sidek Shabudin pagi ini. Warga Navy People memenuhi ruang auditorium dan menyambut kehadiran Panglima Armada Barat dengan penuh gembira. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Jawatankuasa Laksamana, Pegawai-Pegawai Kanan serta Warga Navy People yang berkhidmat di sekitar Pangkalan TLDM Lumut. Majlis dimulakan dengan alunan bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran yang disampaikan oleh LK TNL Nurziana binti Kamaludin daripada Depot Bekalan Armada Barat.

Sebelum memulakan ucapan beliau, YBhg Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Mohamad Roslan telah menyempurnakan penganugerahan Lencana Khas ‘SAILOR OF THE YEAR’ kepada Bintara dan Laskar Terbaik 2008 hingga 2016. Senarai penerima seperti di bawah:

- BK TNL Mohd Fairuz
- LK PAP Nor Hafiz
- LK PAP (PKL) Mohd Sarizam
- LK PLM Khairul Amin

1

2Penganugerahan Lencana Khas ‘SAILOR OF THE YEAR’ kepada Bintara
dan Laskar Terbaik 2008 hingga 2016

Dalam ucapan beliau, Panglima Armada Barat sempat berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang perkhidmatan beliau bersama TLDM. Pelbagai pahit jerih serta kenangan manis yang beliau peroleh sepanjang berkhidmat pastinya akan dirindui. Di akhir ucapan, Panglima Armada Barat berharap agar warga pangkalan akan sentiasa berusaha memberikan sepenuh komitmen dan sentiasa optimis dalam kehidupan sehari-hari. Beliau turut berharap agar warga dapat bekerjasama dengan erat dalam menjadikan pangkalan TLDM Lumut sebagai pangkalan terbaik di dunia.

3

4

5Warga Navy People memenuhi ruang auditorium
6

7YBhg Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Mohamad Roslan beramah mesra
dengan Warga Navy People

 

 

Rujukan: 240518/05
Sumber: Pejabat Perhubungan Awam Markas Pemerintahan Armada Barat
Artikel: BM PNK Mohd Redzuan bin Ibrahim
Jurufoto: LK PAP An Nur Ehsan @ Zahrir bin Almonsani

KUCHING - 24 Mei 18 – Aktiviti memasak bubur lambuk memang sinonim dengan bulan Ramadhan. Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, PWTL Kuching dan PSTL Kuching telah bergotong-royong menyediakan hidangan ini. Aktiviti telah diketuai oleh PWTL Kuching, Lt Kdr Aminudin bin Bonimin dan dikoordinasikan oleh PW I PNK Mohamad Ali bin Adenan serta dibantu oleh warga PWTL dan PSTL Kuching.

1Gotong-royong Menyediakan Bubur Lambuk
2
Gotong-royong Membungkus Bubur Lambuk

Aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi ukhwah dan memupuk semangat kerjasama serta muafakat di antara semua warga. Selain itu, tujuan lain aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk menyemarakkan lagi suasana bulan Ramadhan Al Mubarak.

Berikutan dengan Majlis Penyerahan Sumbangsih Gawai Raya pada 23 Mei 2018, PWTL dan PSTL Kuching adalah salah satu agensi keselamatan di negeri Sarawak yang menerima sumbangan tersebut bagi menghargai jasa pengorbanan warga yang bertugas di negeri ini. Seterusnya pengagihan Sumbangsih Gawai Raya dan bubur lambuk telah dilaksanakan oleh PWTL Kuching sendiri sebelum warga bersurai pada jam 3.45 petang.

3Penyerahan Sumbangsih Gawai Raya Kepada Warga
4
Penyerahan Bubur Lambuk Kepada Warga

 

 

Rujukan: 240518/03
Sumber: PWTL Kuching
Artikel: LK HDI Halimahton Sa’adiah binti Mohamad Jami
Jurufoto: LK I TLR Strikalai Mannan A/L Istriram

SANDAKAN, 16 Mei 2018 – Kapal Auksiliari Tun Azizan (KA TAZ) hari ini telah melaksanakan majlis meraikan ulang tahun kelahiran, anggota baru berkahwin dan anggota mendapat cahaya mata. Majlis ini dilaksanakan mulai jam 2.00 petang dan tamat pada jam 4.00 petang bertempat di hangar kapal.

Gambar 1
Penyampaian hadiah kepada warga kapal baru berkahwin

Gambar 2
Penyampaian hadiah kepada warga baru menerima cahayamata

Aktiviti kapal yang dilaksanakan setiap 3 bulan sekali ini bertujuan untuk menjaga kebajikan, moral dan kesejahteraan warga kapal di samping mengeratkan tali silaturrahim di antara satu sama lain. Seramai 20 orang warga telah diraikan di mana seramai 13 orang anggota meraikan ulang tahun kelahiran, 5 orang anggota baru berkahwin dan 2 orang bagi anggota yang baru mendapat cahaya mata.

Gambar 3
Kek Sambutan Hari Lahir

Gambar 4
Meraikan anggota yang menyambut ulang tahun kelahiran

Upacara penyampaian hadiah bagi warga yang baru berkahwin dan mendapat cahaya mata telah dilaksanakan oleh Pegawai Memerintah, Komander Mohamad Hafis bin Faisal TLDM diiringi oleh Pegawai Laksana, Lt Kdr Jefrydin bin Jamaludin TLDM. Sesi pemotongan kek juga dilaksanakan untuk meraikan warga kapal yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan April, Mei dan Jun. Majlis seterusnya ditutup dengan aktiviti jamuan bagi kesemua warga kapal.

Rujukan : 240518/02
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KA TAZ
Artikel : Lt Mohamad Rizwan bin Mohamad Rudzi TLDM (KA TAZ)
Jurufoto : LK I JTP Erick Foo Gan San (KA TAZ)

SANDAKAN, 23 Mei 2018 – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapal Diraja SRI TIGA (KD STG) hari ini telah melaksanakan pertemuan bersama kapal Tentera Laut Filipina (TLP) BRP CEBU (PS 28) untuk menjayakan program Trilateral Maritime Patrol (TMP) siri 8/18 di sekitar Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau ESSZone. Kedua-dua kapal tersebut sedang membuat rondaan di kawasan perairan negara masing-masing dan telah membuat pertemuan di sempadan perairan negara untuk Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM).

Gambar 1 2
KD STG merapat di lambung kanan BRP CEBU

Gambar 2 1
Tandatangan Buku Pelawat oleh
Pegawai Memerintah BRP CEBU

Gambar 3 1
Sesi pertukaran maklumat bersama
Pegawai Memerintah kedua-dua Kapal

Pertemuan TMP kali ke-8 pada tahun ini telah dilaksanakan seawal jam 9.00 pagi setelah hubungan komunikasi keduanya berjaya dilakukan. Pertemuan bermula dengan KD STG merapat di sebelah lambung kanan BRP CEBU yang diperintah oleh Lt Kdr Arnold Valida PN. Ketibaan KD STG disambut baik oleh Pegawai Memerintah, Pegawai Laksana dan krew BRP CEBU. Pertemuan pada kali ini merupakan pertemuan ketiga BRP Cebu dengan kapal TLDM manakala yang pertama buat KD STG. Pegawai Memerintah KD STG, Lt Kdr Kamarulzaman bin Kamaruddin TLDM telah menjemput krew kapal BRP CEBU ke kapal untuk melaksanakan lawatan serta berkongsi maklumat operasi demi kebaikan bersama kedua-dua pihak. Lawatan ke KD STG dimulakan dengan Pegawai Memerintah BRP CEBU menandatangani buku lawatan dan seterusnya perbincangan mengenai isu-isu semasa serta latihan yang bakal dilaksanakan bagi memahirkan krew kapal masing-masing.

Gambar 4 1
Perkongsian maklumat Jabatan Navigasi

Gambar 5 2
Latihan MANTAK

Gambar 6 1
Latihan Semaphore

Krew KD STG juga berpeluang melawat BRP CEBU dan saling bertukar pendapat mengenai tugas dan tanggungjawab setiap jabatan. Kru KD STG juga beruntung kerana dapat melihat sendiri kapal yang telah berusia hampir 75 tahun masih mampu untuk beroperasi dengan kebanyakkan jentera dan persenjataan asal sejak dibina masih digunakan. Krew BRP CEBU juga tidak lokek untuk berkongsi tips dan maklumat bagaimana mereka melaksanakan senggaraan agar kesemua jentera dan rupacara kapal masih dapat dikekalkan sehingga kini.

Gambar 7 2
Sesi bergambar kedua-dua krew di KD STG

Gambar 8 2
Pertukaran cenderahati

Gambar 9
Sesi bergambar kedua-dua krew di BRP CEBU

Setelah selesai sesi lawatan dan bertukar maklumat, kapal seterusnya melaksanakan latihan bersama. Antara latihan yang dilaksanakan adalah latihan Publication Exercise (PUBEX), Manuvra Taktis (MANTAK), Replinishment at Sea Approach (RASAP) dan Kibaran Bendera (Semaphore). Kesemua latihan tersebut berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang diharapkan. Pihak TLDM khasnya Markas Wilayah Laut 2 juga tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan dan akan terus meningkatkan kesiagaan serta pengawasan di perairan pantai timur Sabah ini lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini. Selesai pertemuan, kedua-dua kapal tersebut kembali meneruskan rondaan di perairan negara masing-masing.

Rujukan : 240518/01
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD SRI TIGA
Artikel : Lt Mohamad Naim bin Mahazil TLDM (KD SRI TIGA)
Jurufoto : LK II PAP Muhamad Zikhri bin Zulkefli (KD SRI TIGA)

PULAU DANAWAN, 23 Mei 2018 – KD SRI GAYA pada hari ini telah melaksanakan Inisiatif Berkongsi Maklumat (IBM) bersama CSS DANAWAN. Pelaksanaan IBM ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan di antara warga TLDM dan anggota Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (Mk ATB 2) yang bertugas di Pulau Danawan selain daripada dapat berkongsi maklumat semasa berkenaan keselamatan di perairan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau ESSZONE.

Gambar 1Bersama Ketua Kompeni dan anggota Pos CSS Danawan
Gambar 2
Perkongsian maklumat dengan petugas peronda hari ini

Di samping itu juga, KD SRI GAYA juga telah mengambil kesempatan ini untuk berjumpa penduduk setempat di Pulau Danawan bagi memberi penerangan berkenaan Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M). Penduduk Pulau Danawam yang rata-ratanya adalah warga komuniti maritim telah diedarkan dengan risalah Aplikasi K3M.

Ahli Jawatankuasa Kampung Pulau Danawan turut diberikan penerangan berkenaan aplikasi ini supaya mereka boleh dijadikan sebagai orang tengah di antara penduduk setempat dan TLDM serta boleh dijadikan tempat rujukan bagi penduduk kampung untuk lebih memahami berkenaan aplikasi ini. Diharapkan penggunaan Aplikasi K3M dapat memberi manfaat kepada penduduk Pulau Danawan dan seterusnya menjamin keselamatan komuniti maritim.

Gambar 3

Gambar 4Sesi penerangan aplikasi K3M kepada Ahli Jawatankuasa Kampung
Pulau Danawan


 


Rujukan: 230518/08
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 - KD SRI GAYA
Artikel: Lt Dya Raja Kamal Zulhafifie bin Raja Ibrahim TLDM (KD SRI GAYA)
Jurufoto: LK KOM Mohd Norazhar bin Zainal Abidin (KD SRI GAYA)

Kuantan, 22 Mei 18 – Yang Berbahagia Laksamana Madya Dato' Seri Panglima Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli, Panglima Armada Barat (PAB) bersama isteri telah meluangkan masa untuk melawat warga MAWILLA 1 sempena pengunduran dari perkhidmatan pada bulan Jun akan datang. Beliau juga telah turut sama melibatkan diri dalam beberapa aktiviti yang dilaksanakan sejak ketibaan beliau pada 21 Mei 18.

1 Panglima Armada Barat menerima tabik hormat
2Panglima Armada Barat menandatangani buku pelawat
3
PAB mengadakan perjumpaan bersama Pegawai-pegawai Kanan
serta Pegawai-pegawai Memerintah Unit
4
Kunjungan hormat Panglima Armada Barat ke atas PANGWILLA 1

Ketibaan Yang Berbahagia PAB bersama isteri telah disambut mesra di perkarangan bangunan Markas. Beliau seterusnya telah berjumpa bersama Pegawai-pegawai Kanan serta Pegawai Memerintah Unit bagi menyampaikan amanat kepada pemerintah-pemerintah semasa. Selesai acara tersebut, beliau telah meluangkan masa bersama semua warga MAWILLA 1 di Auditorium Al-Haimi bagi menyampaikan amanat terakhir kepada generasi baru TLDM. Selesai acara di dewan, Yang Berbahagia PAB telah turut sama solat Asar berjemaah bersama warga MAWILLA 1 di Surau AL-Iman, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang.

5

6Perkongsian Ilmu dan Pengalaman oleh Panglima Armada Barat
kepada warga MAWILLA 1

Sinar Ramadhan menjadi lebih bermakna, YBhg PAB telah berbuka puasa dan solat tarawih serta moreh bersama-sama warga MAWILLA 1 di Surau AL-Amin, RKTLDM Balok Perdana. Acara tidak selesai setakat itu sahaja. Keberkatan di bulan mulia dipenuhkan dengan aktiviti bermanfaat di mana beliau telah turut bersama warga MAWILLA 1 melaksanakan Qiamullail serta bersahur beramai-ramai di surau yang sama pada awal pagi 22 Mei 18.

7

8

9

10Panglima Armada Barat berbuka puasa bersama warga MAWILLA 1
serta solat Maghrib, Isyak dan tarawih berjemaah
11

12Qiamullail dan bersahur bersama warga MAWILLA 1
serta solat Subuh berjemaah

Sebagai tanda penghargaan terakhir kepada mantan Panglima Wilayah Laut 1 ini, warga MAWILLA 1 sekali lagi telah meluangkan masa untuk beratur mengiringi beliau dengan melaksanakan "Street Lining" di sepanjang jalan dari rumah penginapan beliau sehingga pintu utama RKTLDM Balok Perdana sebelum berangkat pulang. YBhg Laksamana Muda Dato' Pahlawan Hj Mohamad Adib bin Abdul Samad, PANGWILLA 1 sempat menyerahkan cendera kenangan kepada YBhg PAB sebagai tanda kenangan dari warga MAWILLA 1 kepada beliau.

13

14

15

16

17Street Lining oleh warga MAWILLA 1 serta penyampaian cendera kenangan


Rujukan: 230518/07
Sumber: Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel: Lt Muhammad Haziq bin Azhar TLDM
Jurufoto: Komunikasi Strategik MAWILLA 1

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 439

Semalam 561

Bulan ini 11245

Keseluruhan 430183

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM