Taiping, 12 Apr 16 - Bertempat di Padang Terbang Tekah Taiping Perak telah berlansungnya Majlis Penutup Kursus PTB PASKAL Siri C 002-0101 & ATB PASKAL Siri C 002-0100. Majlis ini telah dihadiri oleh Panglima Pasukan Khas Laut, Laksamana Pertama Jamalludin bin Mohd Saman, Yang Setia Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Tuan Mohd Yunus Bin Abu Hasan, Pegawai Memerintah KD PANGLIMA HITAM Kdr Rosli bin Rejab TLDM, anggota PASKAL dan Unit Udara JBPM. Kursus PTB dan ATB PASKAL telah bermula pada 29 Feb 16 sehingga 12 Apr 16 selama 6 minggu adalah kerjasama dua hala melibatkan TLDM dan JBPM di mana kursus yang telah dirancang sejajar dengan program National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang julung kali diadakan.


1
Pemakaian lencana terjun bebas kepada pelatih
2
Bergambar beramai-ramai dengan peserta kursus
3
Pertukaran cenderahati
4
Acara tradisi kepada pelatih yang berjaya menamatkan kursus
5
Suasana di dalam pesawat MI-17


Berpaksikan win win situation dengan perancang yang rapi oleh kedua pihak, kursus ini dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang kemalangan. Pada peringkat awalnya kursus ini telah disertai seramai 15 anggota (11 orang PASKAL dan 4 orang Unit Udara JBPM), melibatkan 3 pegawai dan 12 Lain-Lain Pangkat , setelah melalui pelbagai liku pahit getir ujian dan cabaran hanya seramai 3 orang pelatih kursus PTB dan 11 orang pelatih kursus ATB sahaja yang berjaya menamatkan kursus. Pelaksanaan kursus secara teori dan praktikal dilaksanakan di Pusat Latihan PASKAL dan latihan penerjunan dilaksanakan di Padang Terbang Tekah, Taiping. Pelatih juga diajar cara mengawal keseimbangan badan yang diadakan di Sky Ventures Sentosa Singapura. Kursus ini dikendalikan oleh Lt Shahrul Hairi bin Sahar TLDM selaku juru latih yang berkepakaran dalam terjun bebas dan dibantu oleh penyelia kursus yang lain. Latihan penerjunan sebenar sebanyak 15 kali mengunakan pesawat MI-17 dan Super Lynx. Dalam tempoh latihan, pelatih dikehendaki melaksanakan beberapa latihan ulangkaji seperti prosedur keluar pesawat, teknik manuvera, prosedur kecemasan dan tatacara menggulung payung terjun selepas mendarat. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya.

Sumber: KD PANGLIMA HITAM
Artikel: Kdr Rosli Bin Rejab TLDM
Jurufoto: IT KD PANGLIMA HITAM

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 115

Semalam 491

Bulan ini 6859

Keseluruhan 433062

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM