Tanjung Pengelih , 14 April 16 – KD PERKASA dan KD PERDANA telah dijadikan platform untuk Perajurit Muda menjalani latihan di laut bermula dari 11 hingga 13 Apr 16. Seramai 419 Perajurut Muda Pengambilan 213/2016 melibatkan enam Divisyen yang terdiri daripada Divisyen Bendahara, Panglima, Bentara, Temenggong, Laksamana dan Pendekar telah mengikuti pelayaran latihan bersama ini. Keseluruhan latihan telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah taklimat persediaan pelayaran, latihan mencegah kebanjiran dan mengawal api, latihan kibaran bendera, latihan menggeledah, latihan orang jatuh laut dan Replinishment Sea Approach (RASAP).

 

1
Latihan Menggeledah disertai oleh Perajurit Muda
2
Latihan Orang Jatuh Laut
3
Ceramah dan Latihan MKMA
4
Latihan pengendalian kapal
5
Latihan Kibaran Bendera
6
RASAP antara KD PERKASA dan KD PERDANA


Kesemua latihan telah dilakukan dengan tunjuk ajar dan pemantauan oleh warga kapal. Latihan ini dilaksanakan di Kawasan Operasi Maritim (KOM) Op Kekal Warisan. Perajurit Muda telah diberikan sedikit pendedahan berkaitan KOM dan Operasi yang dijalankan oleh kapal-kapal TLDM berpangkalan di Markas Wilayah Laut 1. Selain itu, Perajurit Muda juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat Batuan Tengah dan Batu Putih di KOM. Secara keseluruhannya, latihan ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang kemalangan dan semangat yang tinggi. Pengalaman dan ilmu yang sangat berharga ini amat dihargai oleh para Perajurit Muda. Pihak pengurusan kapal berharap agar lebih banyak peluang latihan di laut dilaksanakan di masa hadapan bagi memberi pengalaman sebenar seorang pelaut dan meningkatkan keyakinan diri dalam menempuh cabaran sebagai seorang Tentera Laut di kemudian hari.


Rujukan:150416/02

Sumber: PR Mawilla 1
Artikel: Lt Ahmad Muslihin bin Mohamad Umbaidah TLDM
Jurufoto: LK II JTP Muhamad Danial bin Amran

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 115

Semalam 491

Bulan ini 6859

Keseluruhan 433062

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM