Portal Rasmi TLDM - Berita Utama https://www.navy.mil.my/ms/berita-utama Tue, 19 Mar 2024 03:51:14 +0000 Joomla! - Open Source Content Management ms-my webmastermktl@gmail.com (Webmaster RMN) THE PRIME MOVER – KOMANDER IR. MUSA BIN OTHMAN TLDM https://www.navy.mil.my/ms/berita-utama/970-the-prime-mover-komander-ir-musa-bin-othman-tldm https://www.navy.mil.my/ms/berita-utama/970-the-prime-mover-komander-ir-musa-bin-othman-tldm

KUALA LUMPUR, 4 Jan - Komander Ir. Musa bin Othman TLDM hari ini melaksanakan Kunjungan Hormat ke atas RMN Chief Engineer, di mana sewaktu pertemuan tersebut beliau telah dikurnia Surat Penghargaan di atas kecemerlangan perkhidmatan. Pertemuan tersebut adalah medium rasmi menyampaikan ucap selamat dan menghargai jasa bakti Komander Ir. Musa. Ini disebabkan beliau memilih untuk Bersara Pilihan setelah berkhidmat selama 25 tahun dan 1 bulan dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Semoga beliau terus maju jaya di sektor swasta kelak.

Ramai tidak mengetahui bahawa keberhasilan serta kejayaan mewujudkan Laluan Rempuh Halangan (Assault Course) lengkap dengan litar tertentu, susulan idea warga Navy People pada tahun 2021 adalah dipacu oleh beliau. Sekalung tahniah di atas kejayaan tersebut iaitu bertindak sebagai The Prime Mover. Kemudahan ini di Pangkalan TLDM Lumut adalah infra yang terkini selaras dengan penguatkuasaan dasar 3K (Kesegakan, Kecergasan dan Kesihatan) yang akan dirasmikan dalam tempoh terdekat.

Dalam aspek sukan, Komander Ir. Musa bin Othman TLDM aktif di dalam sukan lumba basikal, di mana sehingga kini mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kejohanan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK). Selain itu beliau adalah atlet lompat tinggi TLDM di acara olahraga Inter-Service Games (ISG) ATM sejak tahun 2018.

Warga Navy People wajar menjadikan pencapaian dan sumbangan Komander Ir. Musa bin Othman TLDM sebagai motivasi/inspirasi untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi, menjadi pemacu atau the driver ke arah keunggulan TLDM.

Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan.
Artikel   : Laksamana Muda Dato’ Ir. Ts. Haji Mohd Shaiful Adli Chung.
Foto      : Lt Dya Muhammad Ikmal bin Mohd Saed TLDM.

]]>
pr_mktl@navy.mil.my (Cawangan Komunikasi Strategik MkTL) BERITA UTAMA Thu, 04 Jan 2024 07:58:00 +0000