KD GANAS

KOTA KINABALU, 28 Feb - Kapal Diraja (KD) GANAS telah melaksanakan Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ke-49 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada hari ini. Sambutan yang diadakan ini telah berlangsung dalam kesederhanaan, meriah namun mematuhi garis panduan SOP Covid-19.

Menyingkap sejarah pembinaan dan pentauliahan KD GANAS, kapal ini dibina di Cherbourgh, Perancis dan telah ditauliahkan kedalam perkhidmatan TLDM pada 28 Feb 1973. Kemasukan KD GANAS ke dalam inventori telah menjadikan TLDM antara agensi yang digeruni di Asia Tenggara.

Menyusuri sejarah, kapal ini telah melalui pelbagai fasa transformasi sehingga ke hari ini. Sesuai konsep operasi Hit and Run, KD GANAS yang pada awalnya merupakan sebuah kapal Pembinasa Laju (Misil) kelas PERDANA kini telah diserapkan sebagai salah sebuah kapal di dalam Skuadron Kapal Ronda Laju Ke-6 bersama 7 lagi kapal yang lain iaitu KD TODAK, KD SERANG, KD JERONG, KD PAUS, KD PARI, KD BAUNG dan KD YU. KD GANAS dan KD SERANG kini berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu manakala kapal lain skuadron ini berpangkalan di Pangkalan TLDM Sandakan.

Walaupun KD GANAS menghampiri usia emas namun kapal diperakui masih mampu membelah samudera dengan kelajuan melebihi 32 knot pada tempoh masa yang lama hasil kejayaan Projek Repowering yang dilaksanakan pada 2019.

Antara program yang dianjurkan semasa Sambutan HUT ke-49 pada kali ini adalah Majlis Bacaan Yassin & Tahlil, Perutusan Pegawai Memerintah, Pertandingan Combat Masterchef serta Upacara Memotong Pulut Kuning. Selain itu, pulut kuning juga turut diedarkan kepada semua mantan kru KD GANAS yang masih berkhidmat di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu sebagai simbolik menghargai pengorbanan dan jasa warga kapal terdahulu.

Secara keseluruhannya, program HUT ke-49 KD GANAS berjalan dengan lancar dan jayanya. Pegawai Memerintah KD GANAS, Kdr Muhammad Hafiz bin Haji Othman TLDM dalam ucapannya menyatakan kematangan dan kesiagaan KD GANAS sepanjang tempoh 49 tahun ditugaskan sebagai aset barisan hadapan TLDM bukanlah sesuatu yang mudah dicapai.

Sesungguhnya ia menuntut pengorbanan, kecekalan serta sikap profesionalisme warga kapal dalam memastikan kesiagaan kapal kekal terpelihara pada tahap yang tertinggi. Bagi mendepani cabaran semasa dan akan datang, beliau menyeru semua peringkat warga agar terus memberikan komitmen serta mempamerkan sikap yang positif bagi memastikan kesiagaan kapal dan warga sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Sumber : Unit Perhubungan Raya KD GANAS
Artikel   : PKK Mohammad Hany Al-Waseem bin Al-Dita
Foto      : LK II PAP Muhammad Amirul Amin bin Mohd Zairi

 

 

Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge

 

HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari Ini5564
Semalam5181
Minggu Ini10745
Bulan Ini72437
Keseluruhan4622015

Isn Sel Rab Kha Jum Sab Ahd
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
Go to top