Sentuhan ulung. TANOM mendarat di CUT 

KOTA KINABALU, 20 Jan – ‘Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.’ Melaksanakan operasi penerbangan dari Stesen Udara Kota Kinabalu (SUKK) yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) Teluk Sepangar Sabah ke Pangkalan TLDM Lumut Perak bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan perancangan yang teliti baik daripada segi persiapan pesawat, laluan navigasi atau pandu arah, analisis bentuk muka bumi dan keadaan cuaca di setiap tempat yang dilalui serta persiapan mental kru udara sendiri sebelum menerbangkan pesawat. Persiapan yang dilakukan ini tidak boleh seperti ‘agak lebih daripada agih,’ maklumat-maklumat di atas perlu dikumpul dari banyak sumber sebelum rumusan dan kesimpulan terbaik diterbitkan.

Merentas udara sejauh 2500 batu nautika dengan jumlah penerbangan selama 9 jam 10 minit dari negeri Sabah menuju ke Sarawak dan seterusnya melewati Laut China Selatan (LCS) untuk ke Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan mendarat di Markas Udara TLDM di Pangkalan TLDM Lumut Perak merupakan tugasan yang julung kali dilaksanakan serta pengalaman pertama bagi kru udara TLDM yang menerbangkan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW 139.

Sebelum ini, aset-aset udara TLDM termasuklah helikopter Super Lynx Mk 100 dan AS 555 SN Fennec akan mendarat di geladak penerbangan kapal-kapal perang TLDM terlebih dahulu dan mengikuti pelayaran bersama kapal tersebut dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya. Namun, bagi HOM AW 139 pesawat ini mampu melaksanakan navigasi jarak jauh merentasi garisan longitude 109 di LCS iaitu garisan menegak di peta yang membahagikan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Kru Udara TLDM yang pertama merentasi langit di garisan longitude 109 dengan menerbangkan pesawat tanpa perlu mendarat di kapal-kapal perang TLDM ini terdiri daripada dua orang juruterbang, seorang Pegawai Taktikal Udara, seorang Kuatermaster Udara dan dua orang juruteknik pesawat berkepakaran mekanikal dan avionik diketuai Komander Hairul Afikin bin Tukimin TLDM Pegawai Memerintah Skuadron 503 yang menerbangkan HOM AW 139. Pesawat ini dijangka akan menyertai armada helikopter TLDM di Lumut, Perak dalam acara pengunduran Panglima Tentera Laut (PTL) yang diadakan di Markas Pemerintahan Armada Barat (MPA Barat).

Antara acara yang dirancang melibatkan pesawat termasuklah penerbangan lintas hormat semasa perbarisan pengunduran PTL dan semasa Fleet Review.

Artikel: Lt Kdr Ahmad Fitri bin Alias TLDM, Juruterbang Operasi Skuadron 503
Foto   : PW I AQM Sahardi bin Mohd Sayuti

 

 

Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge

 

HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari Ini869
Semalam6345
Minggu Ini25126
Bulan Ini86818
Keseluruhan4636396

Isn Sel Rab Kha Jum Sab Ahd
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
Go to top