GELUGOR, 12 Ogos - Bahagian Provos Tentera Laut (PROTELA) Markas Tentera Laut telah menganjurkan Kursus Perundangan dan Penguatkuasaan mulai 8 hingga 12 Ogos bertempat di KD SRI PINANG, Pulau Pinang.

Kursus yang disertai 4 Pegawai dan 20 Anggota Lain - lain Pangkat diadakan bertujuan memberi pendedahan kepentingan undang-undang di dalam melaksanakan tugas kepolisan dan memperkasakan pegawai dan anggota PROTELA dalam aspek penguatkuasaan di lapangan. Tenaga pengajar adalah tediri daripada Pegawai PDRM, Pegawai SPRM dan Pegawai dari Bahagian Perundangan Markas Tentera Laut.

Peserta kursus juga dilatih secara praktikal oleh Pegawai PDRM untuk melaksanakan pengendalian dan pengurusan Tempat Kejadian Jenayah (TKJ). Peserta juga diajar untuk melakukan teknik penggeledahan, rajah kasar serta teknik mengambil foto. Semua pembelajaran yang disampaikan amat berguna untuk diaplikasi oleh Pegawai Penyiasat dari Provos Tentera Laut semasa melaksanakan siasatan.

Majlis Penutup Kursus Perundangan dan Penguatkuasaan PROTELA telah disempurnakan oleh Kept Roslee bin Mohamad Isa TLDM, Marsyal Provos Tentera Laut.

Sumber : Bahagian Provos Tentera Laut (PROTELA), Markas Tentera Laut

 

 

Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge

 

HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari Ini7404
Semalam15684
Minggu Ini67123
Bulan Ini170061
Keseluruhan4719639

Isn Sel Rab Kha Jum Sab Ahd
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
Go to top