PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

Articles

DEMONSTARASI KHAS MARITIM TARIKAN UTAMA DI LIMA 11

1Demonstrasi khas maritim yang dianjurkan di Jeti Awana Porto Malai kekal menjadi tarikan utama di segmen maritim sempena LIMA 11 pada kali ini. Bertempat di Awana Porto Malai, demonstrasi khas tersebut merupakan gabungan pergerakan 16 buah aset dari agensi-agensi kerajaaan dan syarikat-syarikat swasta. Demonstrasi khas maritim tersebut diterajui oleh agensi kerajaan iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) manakala syarikat swasta yang terlibat ialah LeisureCat Malaysia Sdn Bhd, D’Aquarian (M) Sdb Bhd. PPC Marine Sdn Bhd dan Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd.  Hadir bagi menyaksikan demonstrasi khas tersebut ialah Menteri Perlancongan; Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen, Panglima  Tentera Laut; YBhg Tan Sri Abdul Aziz bin HJ Jaafar serta  15 orang panglima dan wakil tentera laut asing.


Demonstrasi khas maritim yang dilaksanakan selama 45 minit tersebut mempamerkan gabungan pergerakan dan keupayaan aset permukaan serta udara dari semua agensi kerajaan dan swasta.   Demonstrasi khas maritim dibahagikan kepada tiga fasa iaitu:

a.         Boat showcase.
b.         Pertunjukan  keupayaan bot oleh agensi swasta.
c.         Demonstrasi bersepadu operasi khas maritim dari agensi kerajaan dan swasta.

Selain dari demonstrasi khas pada hari ini, demonstrasi maritim turut dilaksanakan setiap hari secara berjadual bermula 6 Dis 11 hingga 10 Dis 11. Orang ramai dijemput menyaksikan demonstrasi maritim tersebut di Awana Porto Malai secara percuma.
1 3
4 5

Sumber : Perhubungan Awam Markas Tentera Laut

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800.

Top Desktop version