KUCHING, 16 Okt – Lawatan Kerja Panglima Pasukan Simpanan TLDM, Laksamana Pertama Zainul Rasyid Bin Abdullah dan delegasi Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM ke Kuching diakhiri dengan lawatan ke PSTL Kuching.

Ketibaan Panglima disambut oleh Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching, Lt Mohd Ismail Bin Yakub TLDM selaku Pegawai Memerintah dan menerima Kawalan Suku PWTL & PSTL Kuching.

Menerusi ucapan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Panglima, menyarankan supaya pendedahan terhadap Pasukan Simpanan Sukarela TLDM sebagai barisan kedua pertahanan negara dapat dipergiatkan dan berharap kapasiti Pasukan dapat
dipertingkatkan.

Yang Berbahagia Panglima juga menzahirkan penghargaan terhadap warga Pasukan Simpanan Sukarela TLDM yang telah mengharumkan nama negara khasnya, dan Tentera Laut Diraja Malaysia amnya dalam tempoh mereka sedang dan telah
berkhidmat.

Di akhir majlis, Panglima dan delegasi meluangkan masa untuk beramah mesra bersama warga Navy People Kuching.

Sumber : PR PWTL KUCHING
Artikel   : Lt M Syful Mirza bin Alluwie PSSTLDM
Foto      : LK PNK Ajariah binti Umar