Category: News Published Date Written by KHAIRUL ANUAR SYAMSUDIN AMIRUL BIN MOHD NOR Hits: 637
Demonstrasi khas maritim yang dianjurkan di Jeti Awana Porto Malai kekal menjadi tarikan utama di segmen maritim sempena LIMA 11 pada kali ini. Bertempat di Awana Porto Malai, demonstrasi khas tersebut merupakan gabungan pergerakan 16 buah aset dari agensi-agensi kerajaaan dan syarikat-syarikat swasta. Demonstrasi khas maritim tersebut diterajui oleh agensi kerajaan iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) manakala syarikat swasta yang terlibat ialah LeisureCat Malaysia Sdn Bhd, D’Aquarian (M) Sdb Bhd. PPC Marine Sdn Bhd dan Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd. Hadir bagi menyaksikan demonstrasi khas tersebut ialah Menteri Perlancongan; Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen, Panglima Tentera Laut; YBhg Tan Sri Abdul Aziz bin HJ Jaafar serta 15 orang panglima dan wakil tentera laut asing.![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |