Okt 30

Pengurusan Kualiti TLDM

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti dalam TLDM adalah bagi mencapai sistem pengurusan markas dan unit yang sistematik, berkesan dan efektif. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti TLDM adalah berlandaskan kepada 8 prinsip pengurusan kualiti iaitu: 

 

Sistem Pengurusan Kualiti yang dilaksanakan dalam TLDM merangkumi beberapa sistem pengurusan seperti berikut:

 

 

 

Sistem Pengurusan Kualiti (Quality Management System)

 

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) TLDM adalah berdasarkan kepada standard MS ISO 9001:2008 bagi mewujudkan sistem pengurusan yang cekap dan berkesan. Pelaksanaan SPK ini telah mendorong kepada kecemerlangan TLDM dalam aspek pengurusan kualiti. Lihat senarai unit  yang dipersijilkan.

 

 

 

Sistem Pengurusan Persekitaran (Environmental Management System)

 

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Persekitaran adalah berdasarkan kepada standard EMS 14001:2004. Pelaksanaan sistem ini memfokuskan kepada program pengurusan alam sekitar di dalam TLDM dengan cara yang komprehensif, sistematik dan terancang. Pelaksanaan sistem ini dapat menyumbang kepada penjagaan alam sekitar. Lihat senarai unit yang dipersijilkan.  

 

Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan (Food Safety Management System)

 

Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan dilaksanakan berdasarkan kepada standard MS ISO 22000:2005. Sistem ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kualiti makanan yang dikendalikan oleh Rumah Masak dalam TLDM bagi menjamin kesihatan serta keselamatan warga. Lihat senarai unit yang dipersijilkan.  

 

Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (Information Security Management System)

 

Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat dilaksanakan berpandukan kepada standard ISO 27001. Pelaksanaan sistem ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan maklumat dalam TLDM terutamanya dalam aspek pengendalian dan keselamatan maklumat secara elektronik. Sistem ini memberi fokus kepada dasar dan polisi ICT yang perlu dipatuhi dalam memastikan keselamatan maklumat elektronik TLDM sentiasa terpelihara dan terkawal. Lihat senarai unit yang dipersijilkan.

 

Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health and Safety Management System)

 

Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam TLDM dilaksanakan berpandukan standard ISO 18001. Sistem ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan warga TLDM terutamanya di unit yang mempunyai risiko kemalangan tinggi. Pelaksanaan sistem ini menggalakkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat melalui pewujudan rangka kerja yang membantu TLDM dalam mengenal pasti dan mengawal risiko kesihatan serta keselamatan secara konsisten. Selain itu juga, sistem ini juga dapat mengurangkan potensi untuk kemalangan, pematuhan kepada bantuan perundangan dan meningkatkan tahap prestasi organisasi. Lihat senarai unit yang dipersijilkan.

 

Amalan Persekitaran Berkualiti 5S

 

Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S adalah merupakan satu sistem pengurusan yang digunakan bagi mewujudkan persekitaran yang bersih, kemas dan tersusun. Amalan ini juga dapat meningkatkan tahap pengurusan dan penyelenggaraan pejabat ke arah yang lebih baik di samping dapat mengurangkan pembaziran. Pelaksanaan amalan ini akan membentuk disiplin diri yang baik, semangat kerja berpasukan seterusnya mewujudkan rasa selesa terhadap persekitaran di tempat kerja. Lihat senarai unit yang dipersijilkan.

Read 15998 times Last modified on Selasa, 19 April 2016 11:44

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 693

Semalam 801

Bulan ini 8564

Keseluruhan 802224

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM