DASAR & PRIVASI

PRIVASI ANDA

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

 

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

Tiada maklumat peribadi yang akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

APA YANG AKAN BERLAKU JIKA SAYA MEMBUAT PAUTAN KEPADA LAMAN WEB YANG LAIN?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

PINDAAN DASAR

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.

Kami mengumpul maklumat pengguna untuk mengenalpasti latarbelakang pengguna yang menjadi ahli di laman ini. Semua maklumat yang dikumpul adalah untuk kegunaan kami dan tidak akan disebarkan kepada sebarang agensi mass mailing yang mengaut keuntungan dengan menjual senarai e-mel.

Senarai pengguna sudah meningkat ke lebih 500 orang. Setelah senarai nama diperiksa kami dapati terdapat pengguna yang tidak memasukkan maklumat dengan betul. Kami akan mengetatkan lagi proses pendaftaran dan kepada pengguna yang telah mendaftar kami sarankan anda mengambil tindakan membuat kemaskini kepada data anda dengan mengikut format yang ditetapkan.

Kami juga sedang membina komuniti Laman TLDM supaya lebih mantap. Maklumat yang anda masukkan akan memudahkan pengguna lain berhubung dengan anda. Komuniti seperti Veteren, Sedang BerkhidmatPelajar,  dan sebagainya akan diwujudkan. Anda boleh mencapai maklumat pengguna lain (terhad) untuk sebarang tujuan komunikasi. (Amaran: Sekiranya anda dilaporkan mengganggu sebarang pengguna akaun anda akan dibatalkan.

Kami juga tidak akan menggunakan maklumat ini untuk tujuan selain dari menjadikan laman ini lebih mesra pengguna dan mudah dicapai. Di samping itu, kami juga mengumpul maklumat seperti sistem pengoperasi, pelayar web dan alamat IP. Ini adalah bertujuan untuk menyediakan demografi pengguna yang melawat laman kami ini dan memastikan laman kami boleh dicapai secara umum dan meluas tanpa mengira sistem pengoperasian atau pelayar web.

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 154

Semalam 328

Bulan ini 7057

Keseluruhan 319604

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM