PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

PERLAWANAN AKHIR PIALA ZAIN

Lumut 28 Apr 12.  Perlawanan akhir Piala Zain menyaksikan pasukan Markas Tentera Laut B berjaya menewaskan MAWILLA 1 sekaligus dinobatkan sebagai juara Kejohanan Piala Zain 2012. Perlawanan yang melibatkan hampir setiap unit dan formasi dalam TLDM merupakan satu kejohanan yang mampu mencungkil bakat anggota TLDM.

 

Perlawanan akhir yang berlangsung sempena hari TLDM ini bermula pada jam 8.00 malam di Stadium Pangkalan TLDM Lumut. Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar bersama Panglima Armada, Dato’ Abd Hadi bin A. Rashid telah menendang bola kearah penonton sebagai simbolik permulaan perlawanan berprestij ini.

Perlawanan yang dihadiri oleh hampir kesemua warga Pangkalan TLDM Lumut menjadi semakin hangat apabila Mohd Rosdi, pemain MTL B telah membuat jaringan pada minit-minit awal perlawanan. Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan MTL B mendahului 1-0. Perlawanan semakin memihak kepada MTL B apabila Sharul Nizam telah menaringkan gol kedua MTL B pada minit ke 75 perlawanan. MAWILLA 1 hanya mampu merapatkan kedudukan pada minit ke-90 tetapi terpaksa akur dengan kehebatan MTL B apabila wisel penamat dibunyikan dan perlawanan berakhir dengan 2-1.

Kejohanan Piala Zain 2012 telah berkahir dengan rasminya setelah upacara penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Yang Berbahagia PTL. Selain penyampaian hadiah dan piala pusingan kepada MTL B, BM PNK Mohamad Roshidi bin Idris dari Armada turut mendapat pengiktirafan sebagai penjaring terbanyak dengan jaringan sebnyak 6 gol sepanjang kejohanan Piala Zain 2012.

Sumber : Perhubungan Awam Markas Armada

Last modified on Friday, 07 December 2012 17:18
Rate this item
(0 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version