PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

PELUMBA TLDM MEMENANGI JERSI TERBAIK ASIA DI TOUR OF BORNEO 2012

Lahat Datu, 29 Apr -  Permulaan yang cemerlang dimulakan oleh pelumba basikal TLDM, Laskar Kelas Dua (LK II) JJM Mohd Shahrul Afiza sejak peringkat pertama lagi dalam perlumbaan berbasikal Tour of Borneo 2012. Beliau telah berjaya menduduki naib johan dalam peringkat kedua perlumbaan dari Tawau ke Lahat Datu sejauh 142km sekaligus memenangi jersi terbaik Asia dan terbaik Malaysia.

Selain itu, beliau seterusnya berjaya mengekalkan jersi terbaik Asia dan Malaysia pada peringkat ketiga dari Lahat Datu ke Sandakan sejauh 181.8 km pada hari ini. Beliau juga merupakan salah seorang daripada lima pelumba yang mewakili Pasukan Lumba Basikal Angkatan Tentera Malaysia yang menyertai Kejohanan Tour of Borneo 2012 yang bermula pada 27 Apr hingga 1 Mei 2012. Seterusnya pada 30 Apr 12, pelumba akan menghadapi cabaran yang lebih getir iaitu perjalanan dari Sepilok ke Kundasang apabila pelumba terpaksa menempuh jalan bergunung ganang yang sangat meletihkan.   




                

Sebanyak 19 pasukan bertanding terdiri daripada tujuh pasukan tempatan dan 12 pasukan antarabangsa yang melibatkan lima benua iaitu Amerika, Eropah, Afrika, Oceania dan Asia.  Pertandingan peringkat pertama memperlihatkan pelumba bersaing sejauh 102.8km yang  bermula dari Semporna ke Tawau. Seterusnya pelumba meneruskan perjalanan peringkat kedua iaitu Tawau ke Lahad Datu (142.km), peringkat ketiga dari Lahad Datu ke Sandakan (181.8km), peringkat keempat dari Sepilok ke Kundasang (214.8km) dan diakhiri peringkat kelima Kundasang ke Kota Kinabalu (112.4km).

Last modified on Tuesday, 01 May 2012 21:20
Rate this item
(2 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version