PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

KEJOHANAN HOKI ANTARA PERKHIDMATAN ATM 2012

Lumut, 5 Mei - Perlawanan akhir pertandingan hoki antara perkhidmatan ATM telah berlangsung pada pagi tadi di Stadium Hoki Pangkalan TLDM Lumut.

 

 

Turut hadir menyaksikan perlawanan, YBhg Mejar Jeneral Dato’  Abdul Aziz bin Ibrahim, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota merangkap Pengerusi Persatuan Hoki ATM dan YBhg Laksmana Pertama Abdul Aziz bin Md Sani, Panglima Bantuan TLDM juga merangkap Pengerusi Hoki TLDM serta Pegawai-pegawai Kanan ATM dan warga Pangkalan TLDM Lumut.

 

Dua perlawanan akhir ini menyaksikan penemuan pasukan Tentera Darat Malaysia melawan pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia bagi kedua-dua kategori Wanita dan Lelaki. Perlawanan bagi kategori lelaki pada kali ini meyaksikan perlawanan yang begitu sengit di antara kedua-dua pasukan sehingga ke masa tambahan. Keputusan perlawanan akhir hoki mengikut kategori seperti berikut:

 

  •  Kategori Lelaki TDM lawan TLDM 3 - 2.
  •  Kategori Wanita TDM lawan TLDM 2 - 0

 

Keputusan penuh:

 

  • Johan - TDM.
  • Naik Johan - TLDM.
  • Tempat Ketiga - TUDM.

 

Selain itu terdapat 4 kategori anugerah  telah disampaikan. Dari 4 kategori tersebut atlet TLDM telah memenangi kategori

 

  •  Pemain Harapan Kategori Wanita – 5501312 LK II TNL Fauziah binti Mizan – Penjaga Gol Terbaik
  •  Pemain Harapan Kategori Lelaki  – 835794 LK II PWP Mohd Firdous bin Ismail.
  •  Penjaring Terbanyak Kategori Lelaki - 836018 LK II TMK Mohd Shafik bin Mohd Azmi.

 

Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Pasukan Hoki ATM.

 


 Sumber: Perhubungan Awam Markas Tentera Laut

Last modified on Monday, 07 May 2012 12:31
Rate this item
(2 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version