PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

MMRC PERINGKAT PERTAMA, PANGKALAN TLDM LUMUT MERIAH

Lumut, 13 Mei. Fasilitas Marin Kapal Diraja PELANDOK (KDP) menjadi pilihan peringkat pertama bagi kejohanan Malaysian Match Racing Circiut (MMRC) 2012. Kejohanan yang telah berlangsung mulai 11 sehingga 13 Mei telah disertai tujuh pasukan bersaing merebut kejuaraan.

Sebagai permulaan pada tahun ini tiga lokasi telah dipilih iaitu, Pangkalan TLDM Lumut, Pulau Indah, Pelabuhan Klang Selangor serta Pulau Duyong, Kuala Terengganu sebagai medan untuk memilih pasukan yang akan mewakili Malaysia menyertai Monsun Cup 2012.

Sememangnya tidak dinafikan, kesemua tujuh pasukan ini telah mempamerkan kemahiran dan kecekapan pelayaran yang sangat hebat terutama saingan daripada pasukan TLDM iaitu RMN Match Racing 1 dan RMN Match Racing 2 yang telah memberi saingan hebat di peringkat separuh akhir walaupun  terpaksa berpuas hati dengan tempat ke 3 dan ke 4.


Pada majlis penutup yang di adakan di Fasilitas Marin, Menteri Pengangkutan Malaysia Dato’ Seri Kong Cho Ha telah menyampaikan hadiah pada pelayar yang mana pemenang tempat ketiga dengan 19 mata  telah dimenangi oleh pasukan RMN Match Racing 1, tempat kedua dengan 22 mata dimenangi oleh Permai Hotel Match Racing Team (Terengganu) manakala johan peringkat pertama disandang oleh Jeremy Khoo Racing Team ( Selangor) dengan 25 mata.

Turut hadir pada majlis penutup itu Panglima Armada, Laksmana Madya Dato’ Abdul Hadi b Abdul Rashid, Naib Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia Dato’ Wan Hisham b Wan Salleh, Komodor Royal Malaysian Navy Yaltch Club (RMNYC) merangkap Pengerusi Persatuan Perahu Layar TLDM, Kepten (Kept) Abdul Halim b Haji Shaari TLDM, serta Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Encik Ahmad Fathil b Abdul Ghani.

Sumber : Perhubungan Awam Markas Pendidikan dan Latihan
Artikel : BM TLS Rizan Shafie
Jurufoto : LK I TNL Badrul Hisham Che Hussen
              LK II JTP Faizal Kamarulzaman

Last modified on Tuesday, 15 May 2012 09:34
Rate this item
(0 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version