![]() |
| YBhg Dato' mempamerkan kehebatan yang tersendiri di Kejohanan Golf Naga Lumut |
Penyertaan awal seramai 102 pemain telah berdaftar namun hanya seramai 97 pemain golf terdiri daripada 50 anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan selebihnya adalah orang awam yang hadir bagi mempamerkan kejaguhan dalam pertandingan kali ini.
Tetamu kehormat yang turut hadir di kejohanan golf ini ialah Orang Besar Jajahan Manjung, YBhg Dato’ Ab. Wahab bin Dato' Seri Azizul Hassan, Panglima Armada, YBhg Laksamana Madya Dato' Abd Hadi bin A. Rashid dan Panglima Sistem Armada, YBhg Laksamana Muda Dato' Hj Khairuddin bin Khalid.
Kejohanan yang menggunakan format sistem 36 ini telah memberi persaingan terbuka luas di antara para pemain bagi memperlihatkan kehebatan masing-masing.
Di akhir keputusan, Lt Kdr Mohd Al-Hafiz bin Abdul Rahman TLDM telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan dengan Handicap 13 dengan 38 Point, LK JJM Che Mohd Nor bin Che Lah menduduki tempat kedua manakala Lt Suhaimi bin Siron TLDM ditempat ketiga.
Kejohanan yang bermula jam 2.00 petang, berakhir pada jam 8 malam dengan jamuan ringan serta pemberian hadiah kepada para pemenang. YBhg Panglima Armada dalam ucapan ringkas berkata, “Saya amat berpuas hati dengan kejohanan kali ini yang dikoordinasikan dengan cemerlang oleh KDP dari segi aspek penyertaan mahupun kelancaran kejohanan. Penyertaan seramai 97 pemain kali ini adalah sesuatu yang amat membanggakan.” Beliau juga menyuarakan cabaran kepada Markas Sistem Armada (MSA) yang mana akan menganjurkan kejohanan Golf Naga Lumut pada bulan Jun ini, supaya dapat menandingi pencapaian KDP. Majulah Sukan Untuk TLDM.
![]() |
![]() |
| Panglima Sistem Armada, YBhg Laksamana Muda Dato' Hj Khairuddin bin Khalid turut juga memenangi hadiah saguhati di kejohanan ini. |
Panglima Armada, YBhg Laksamana Madya Dato' Abd Hadi bin A. Rashid memberi ucapan tahniah kepada pihak penganjur di atas kejayaan mengkoordinasikan dengan begitu baik dan lancar. |
Sumber : Perhubungan Awam KD Pelandok


