![]() |
![]() |
Pada tahun ini, Tentera Laut Diraja Malaysia menjadi tuan rumah bagi menjayakan kejohanan kali ini. Kejohanan ini diadakan dari 19 hingga 27 Mei 2012. Ia diadakan di Padang Lapangan Terbang Sitiawan kerana kelulusan penggunaan ruang angkasa yang tidak terhad berbanding lokasi lain di Malaysia.
![]() |
![]() |
Pada kali ini, sambutan begitu menggalakkan di mana selain dari ketiga-tiga perkhidmatan ATM mengambil bahagian ia juga turut disertai oleh Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kelab Wilayah Skydiving, Kelab X-Force dan Kelab SDRCM. Seramai 150 orang peserta akan mengambil bahagian pada kejohanan kali ini. Pemenang-pemenang akan dinilai dari segi ketepatan payung sukan, ketepatan payung tentera, kerjasama di udara dan kerjasama kanopi di udara. Pemenang akan menerima trophy dan medal.
Kejohanan pada kali ini juga telah mendapat kerjasama dari beberapa agensi antaranya Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Manjung, Pesawat Udara SKN 501 TLDM, TUDM dan Unit Udara, Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Hospital Daerah Manjung, Jabatan Penerangan Negeri Perak, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Kerja Raya Daerah Manjung dan Dindings Straits Of Photography.
Menurut Pengerusi Kejohanan, Kdr Ahmad Nazree Bin Abu Hassan TLDM, persiapan kejohanan telah dibuat sejak akhir tahun 2011 bagi mengkoordinasikan penganjuran yang terbaik. Beliau juga berharap kejohanan pada kali ini dapat mendedahkan sukan payung terjun ekstrem kepada penduduk Daerah Manjung dan menarik minat generasi muda untuk menyertai sukan ini seterusnya mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
Sumber: Perhubungan Awam Markas Armada
Last modified on Sunday, 27 May 2012 21:09



