PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

PANGLIMA TENTERA LAUT LANCAR BUKU CETUSAN INOVASI THE NAVY PEOPLE SEMPENA HARI INOVASI TLDM

Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar hari ini melancarkan Buku Cetusan Inovasi The Navy People Siri Kedua sempena majlis sambutan Hari Inovasi TLDM Tahun 2012 yang diadakan di Auditorium Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.  Majlis yang merupakan acara tahunan ini diadakan bagi menyemarakkan budaya inovasi dan kreatif di kalangan the Navy People.

 

‘Warga Berinovasi Menjana Transformasi’, menjadi tema sambutan Hari Inovasi TLDM pada tahun ini bersamaan dengan tema sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia ke-78 yang disambut pada 27 Apr lalu.  Tema ini sememangnya amat relevan dan signifikan sebagai salah satu manifestasi TLDM ke arah membudayakan inovasi sebagai satu penggerak dalam menjana transformasi TLDM ke arah menjadi Tentera Laut Bertaraf Dunia. 

Secara umumnya, tema ini dapat memberi aspirasi kepada the Navy People untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam pembudayaan organisasi yang cemerlang.  Di samping itu juga, hasil kerja yang kreatif dan inovatif bukan sahaja dapat dinikmati oleh organisasi malah dapat dimanfaatkan untuk kepentingan perkhidmatan amnya.

 
Malahan, penerapan budaya inovasi di dalam TLDM bukan satu perkara yang baru, ia telah bermula sejak sekian lama.  Bermula dengan pelaksanaan konsep Total Quality Management atau Pengurusan Kualiti Menyeluruh, budaya inovasi pada awalnya hanya dilihat dalam aspek kualiti dan penambahbaikan sahaja.  Walau bagaimanapun, budaya ini telah dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi di mana penghasilan inovasi yang memberi impak besar kepada organisasi diberi keutamaan.  Penghasilan inovasi baru yang memberi impak besar kepada TLDM akan dapat mendorong kepada perubahan atau transformasi dalam pelaksanaan tugas.



Di majlis yang sama, Panglima Tentera Laut turut melancarkan Buku Manual 5S TLDM dan Buku Panduan Ibadat di Samudera selain menyampaikan beberapa anugerah sebagai pengiktirafan kepada warga TLDM yang kreatif dan inovatif.  Anugerah yang disampaikan di antaranya ialah Anugerah Inovasi Tentera Laut 2012, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Sijil Penghargaan kepada Penyumbang Idea Kreatif dan Sijil MS ISO 9001:2008.
 
 

Selain itu, para hadirin yang hadir berpeluang menyaksikan tayangan video projek-projek inovasi TLDM yang telah mendapat tempat di Anugerah Inovasi TLDM dan mendengar ceramah inovasi bertajuk ’Thinking Out of the Box’ yang disampaikan oleh Encik Robest Yong daripada Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

 
Sumber : Perhubungan Awam Markas Tentera Laut
Last modified on Tuesday, 29 May 2012 13:00
Rate this item
(3 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version