PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

HARI INOVASI MARKAS ARMADA

Lumut, 25 Mei – Markas Armada telah menyambut Hari Inovasi peringkat Markas pada hari ini yang berlangsung di Auditorium Venus, KDSI 1.

Panglima Armada, YBhg Laksamana Madya Dato’ Abd Hadi bin A. Rashid telah sama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini. Turut memeriahkan sambutan hari inovasi ini adalah Ketua Staf Markas Armada, AKS Markas Armada, Pegawai Memerintah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta warga Markas Armada. YBhg Panglima Armada juga turut menyampaikan perutusan Hari Inovasi Panglima Tentera Laut tahun 2012.

Pada kali ini Markas Armada telah menghantar sebanyak 12 penyertaan iaitu dari kategori Inovasi Pengurusan 3 penyertaan, Inovasi Pengurusan Sumber Manusia 3 penyertaan, Inovasi Pengurusan Pelanggan 2 penyertaan, Inovasi Pengurusan Kewangan 1 penyertaan dan Inovasi Teknikal 3 penyertaan.

Bagi Kategori Pengurusan Anugerah Inovasi Tentera Laut 2012, KD Duyong (Kumpulan CIDB) telah menjadi johan dengan projek Pengurusan Peralatan Stor manakala projek 2Fwd Unit dari Skuadron 502 (Kumpulan 502)menjadi naib johan kategori Inovasi Teknikal AITL 2012.

Sijil Pemenang dan sijil penyertaan telah disampaikan oleh YBhg Panglima Armada.

Sumber : Perhubungan Awam Markas Armada

       

Last modified on Tuesday, 29 May 2012 13:00
Rate this item
(1 Vote)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version