Perlawanan telah diadakan di Stadium Hoki Pangkalan TLDM bermula jam 1600H dan berakhir jam 1800H. Seramai 40 atlet Hoki SUKMA Pahang yang terdiri dari 18 atlet lelaki, 18 atlet wanita dan diiringi 2 orang jurulatih telah bertandang ke Pangkalan TLDM Lumut.
![]() |
![]() |
Tujuan perlawanan ini diadakan adalah sebagai latihan dan ujian kepada pemain Pahang bawah umur 21 tahun bagi menghadapi SUKMA yang akan berlangsung awal Julai ini. Pasukan Hoki TLDM telah mengambil kesempatan ini bagi menguji kemampuan serta strategi pasukan.
Pasukan SUKMA Pahang juga telah berkesempatan dibawa melawat ke salah sebuah kapal TLDM iaitu KD SELANGOR. Atlet-atlet juga di bawa ke Markas Udara bagi melihat dengan lebih dekat lagi SKN 501 dan SKN 502.
Walaupun dalam perlawanan ini Pasukan Hoki TLDM tewas 6 - 4 kepada Pasukan SUKMA Pahang, namun perlawanan ini dapat memberi pengalaman serta dapat menguji kemampuan atlet dan pasukan masing-masing bagi memperbaiki strategi dalam menghadapi kejohanan pada masa akan datang.

Sumber: Perhubungan Awam Markas Armada
Last modified on Monday, 04 June 2012 23:11

