PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP MAWILLA 1 2012

Pada 27 dan 28 jun 12, telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw Tertutup MAWILLA 1 bertempat di Dewan Tar Balok Perdana. Perlawanan kali ini melibatkan penyertaan dari unit-unit di bawah naungan MAWILLA 1 iaitu Markas, Depot Logistik Wilayah 1, Depot Peluru Wilayah 1, Protela Kuantan, SKTLDM Kuantan, Sri Kuantan dan Armada. Format perlawanan kali ini adalah seperti format perlawanan terdahulu iaitu perlawanan secara kumpulan. Kumpulan A melibatkan unit-unit dari Markas, Depot (Depot Logistik Wilayah 1, Depot Peluru Wilayah 1) dan Protela Kuantan. Manakala Kumpulan B adalah daripada unit Sri Kuantan, SKTDLM Kuantan dan Armada.

 

Kejohanan tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan setiap pasukan dilihat telah berusaha dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi di dalam merebut kejuaraan kali ini. Pasukan sorak dari unit-unit juga tidak ketinggalan untuk sama-sama berganding tenaga memberi sorakan yang gemuruh kepada pasukan masing-masing. Setelah berhempas pulas bertanding di peringkat kumpulan, akhirnya pasukan dari unit SKTLDM Kuantan dan Depot telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir. Keputusan perlawanan akhir berpihak kepada Depot dengan kemenangan 2 – 0. Walau bagaimanapun, perlawanan tersebut bukanlah perlawanan yang mudah kerana pasukan SKTLDM Kuantan telah memberi saingan yang sengit kepada pasukan Depot. Namun, tuah tidak berpihak kepada pasukan SKTLDM Kuantan kerana pasukan Depot telah berjaya menundukkan pasukan mereka dengan kemenangan yang bergaya. Syabas diucapkan kepada pasukan Depot di atas kemenangan yang diperolehi dan kepada yang tidak berjaya, teruskan usaha masing-masing di dalam kejohanan sukan yang lain bagi memburu kejuaraan Sukan Antara Unit MAWILLA 1.


                                                 

Rujukan : 290612/04


Sumber : Perhubungan Awam MAWILLA 1

Last modified on Tuesday, 03 July 2012 08:08
Rate this item
(0 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version