PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

ROAD TO LONDON

KUALA LUMPUR, 2 Jul - Laskar Kelas I PAP Mohd Zamri Salleh, pelumba TLDM berlepas ke Belgium malam tadi bagi menjalani latihan intensif dan pemilihan akhir sebelum berjaya ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Beliau yang dinobatkan juara dalam acara lepas beramai-ramai di Kejohanan Lumba Basikal Kebangsaan 2012 di Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan 24 Jun lalu merupakan atlit TLDM yang menyarung jersi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika ini sebaris dengan jaguh lumba basikal negara, Mohd Adiq Hussainie dan Amir Mustafa.  Lebih membanggakan, beliau turut mendominasi Kejohanan Grandprix Kebangsaan Sirkit Kelantan (GP Kelantan) kerana kedua-dua kejohanan tersebut diadakan serentak pada hari yang sama.

Ketika ditemubual sebelum berlepas malam tadi, Mohd Zamri yang begitu berbangga dengan pemilihannya ke Belgium bersama dua rakan sepasukannya; Adiq dan Amir, menganggap kejayaan itu sangat bermakna dan beliau sememangnya sudah lama mengidamkan untuk menyarung jersi kebangsaan dan menjanjikan sesuatu yang berharga buat negara sekiranya berjaya melepasi saingan untuk ke cabaran Sukan Olimpik 2012 di London nanti.

Mohd Zamri yang turut ditemani Pengerusi Persatuan Lumba Basikal TLDM, Komander Ismail Othman TLDM semasa di KLIA, merasa amat terharu dengan sokongan padu yang diberikan oleh ‘mentor'nya itu dan akan berusaha keras bagi melakar kemenangan mutlak sekiranya diberi peluang untuk merealisasikan hasrat pasukan Lumba Basikal TLDM dan ATM khasnya dan pasukan Lumba Basikal Kebangsaan amnya.

 

Rujukan: 020712/07
Sumber: Perhubungan Awam Markas Tentera Laut
Artikel:  BK PRL Normahaily Mohd Nor  

Jurugambar:  LK PNK Azamie Ab Rahim

 

Last modified on Tuesday, 03 July 2012 08:16
Rate this item
(0 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version