Kuala Lumpur- 4 Jul Pertandingan peringkat akhir yang diadakan di Kem Wardiburn menyaksikan TLDM berjaya menundukkan TD dengan mata 8-1. Kehadiran barisan penyokong TLDM yang memberi semangat padu nyata berbaloi apabila kemenangan berpihak kepada TLDM. Pertandingan ini disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Perancangan Strategik MK TL, Laksamana Pertama Dato’ Anuwar bin Mad Said, Pegawai Kanan ATM dan pemain nombor 1 badminton Negara, Dato’ Lee Chong Wei serta warga ATM.
Kemenangan tersebut adalah kemenangan buat semua the Navy People dan berbangga dengan mereka kerana telah bermain dengan penuh semangat hingga ke penghujung. Kejayaan ini pastinya tidak dapat dicapai tanpa komitmen dan kesungguhan semua pemain dan sokongan padu dari para penyokong.

Rujukan : 050712/01
Sumber : Perhubungan Awam Markas Tentera Laut
Artikel : BM PNK Md Nasir bin Mohamed
Jurufoto : LK PNK Faris
Last modified on Friday, 07 December 2012 12:31