Singapura, 11 Jul – Pasukan Golf Tentera Laut Diraja Malaysia yang di ketuai oleh Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar telah muncul juara dalam pertandingan Top Ten Golf antara Republic Singapore Navy (RSN) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah diadakan di National Service Resort & Country Club, Singapura.
Pertandingan yang diadakan ini bertujuan untuk mempereratkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua belah pihak yang sudah sekian lama terjalin. Seramai 20 orang terdiri dari Pegawai Kanan RSN dan TLDM telah menyertai pertandingan ini.

Bagi kategori berkumpulan, pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia telah berjaya merangkul kejuaraan dengan mengumpul sebanyak 346 mata meninggalkan pasukan Tentera Laut Republik Singapura dengan perbezaan sebanyak 17 mata. Pasukan yang diwakili oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar dan Panglima Armada, YBhg Laksamana Dato' Abd Hadi bin A. Rashid serta lapan lagi pemain ini benar-benar membuktikan kehebatan TLDM dalam permainan ini.
Selain dari kategori berkumpulan, turut dipertandingkan adalah kategori individu yang menyaksikan lima tangga teratas dipelopori oleh panglima-panglima dari TLDM. Walaubaimanapun tempat kedua telah diungguli oleh Rear Admiral Harris Chan dengan kutipan sebanyak 37 mata.
Rujukan: 130712/02
Sumber: POLW
Last modified on Monday, 16 July 2012 08:31