PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

LT KDR LEE CHONG WEI TETAP DIANGGAP WIRA MALAYSIA

LONDON, 5 Ogos – Meskipun ketinggalan dua mata, namun Leftenan Komander Kehormat Datuk Lee Chong Wei PSSTLDM tetap dianggap wira setelah berjaya menjejakkan kaki ke peringkat akhir dan memberikan persembahan cukup cemerlang semasa menentang musuh tradisinya, Lin Dan pada perlawanan akhir perseorangan lelaki badminton Olimpik 2012 di arena Wembley, London yang ditonton seluruh dunia malam tadi.

Perlawanan yang penuh dramatik itu seakan mengulangi babak mencemaskan ketika kedua-dua pemain terbaik dunia itu bertemu di perlawanan Olimpik Beijing 2008.

Harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat jaguh badminton negara itu membawa pulang pingat emas pertama negara hampa setelah beliau tewas 10-21 pada set kedua dan 19-21 pada set ketiga walaupun menang 21-15 pada set pertama dalam perlawanan yang cukup mendebarkan.


Datuk Lee yang dijanjikan ganjaran sebanyak RM4 juta sekiranya berjaya meraih pingat emas untuk negara gagal menjinakkan Lin Dan sekaligus meletakkan beliau di tangga kedua dan hanya mampu membawa pulang pingat perak. 

Jika beliau muncul juara semalam, Chong akan mendapat wang tunai RM2 juta sumbangan Kementerian Belia dan Sukan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada setiap pemenang pingat emas Olimpik serta RM1 juta yang dijanjikan oleh sebuah syarikat perabot, 3V Holdings Sdn. Bhd.


Rujukan: 060812/02
Sumber: Perhubungan Awam Markas Tentera Laut

Artikel:  P/PW II Normahaily 
Foto: Yahoo Images      

Last modified on Monday, 06 August 2012 11:15
Rate this item
(1 Vote)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version