Pelbagai aturcara sempena Audit Persijilan Amalan 5s ini telah dirancang bagi menjayakan Persijilan Amalan 5s.Majlis dimulai dengan ketibaan rombongan audit dari MPC Wilayah Timur yang diketuai oleh En Nik Faizal bin Nik Ahmad selaku Senior Consultant MPC. Ketibaan rombongan disambut oleh Panglima Wilayah Laut 1 dan semua AJK Pemandu 5S MAWILLA 1.
Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis dan seterusnya tayangan montaj MAWILA 1 dan 5S. Seterusnya taklimat pelaksanaan amalan 5S telah disampaikan oleh Pengerusi 5S MAWILLA 1 iaitu Kept Mohamad Azuwan bin Harun TLDM untuk memberikan secara keseluruhan semua aktiviti dan pelaksanaan Amalan 5S MAWILLA 1.
Setelah selesai majlis diteruskan dengan sesi pemeriksaan dokumentasi 5S oleh tim audit. Semua dokumen 5S telah diperiksa untuk memenuhi kriteria Persijilan Amalan 5S. Seterusnya lawatan ke semua zon telah dilakukan oleh tim audit.
Setelah selesai lawatan, wakil dari MPC telah memberikan taklimat selesai audit di mana semua pemerhatian terhadap lawatan telah diberikan. Secara keseluruhannya, Ketua Audit En Nik Faizal bin Nik Ahmad telah memberikan rumusan mengenai keseluruhan Audit Persijilan Amalan 5S terhadap semua unit MAWILLA 1 telah memenuhi keperluan dan kriteria 5S dengan mendapat keputusan markah audit dengan cemerlang. Dengan ini secara rasminya, MAWILLA 1 dipersijilkan dengan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua 16 unit yang mengambil bahagian dalam Persijilan Amalan 5S MAWILLA 1. Unit-unit tersebut ialah:
1.MARKAS.
2.DEPOT LOGISTIK WILAYAH 1.
3.DEPOT PELURU WILAYAH 1
4.KD SRI KUANTAN
5.SKTLDM KUANTAN
6.PROTELA KUANTAN
7.KD PAHANG
8.KD TERENGGANU
9.KD HANDALAN
10.KD GANYANG
11.KD PERDANA
12.KD PENDEKAR
13.KD PERKASA
14.KD GEMPITA
15.PSTL KUANTAN
16.PSTL CHENDERING
Rujukan : 040912/05
Sumber : Perhubungan Awam Markas Wilayah Laut 1
Artikel : Lt Kdr Azizi TLDM